TITAH UCAPAN
D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
10.00 pagi
Istana Besar Seri Menanti
TITAH UCAPAN
D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
10.00 pagi
Istana Besar Seri Menanti
SEREMBAN: Hampir 17,000 rumah mampu milik telah ditawarkan sempena Ekspo Jualan Perumahan Edisi Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban pada 12 April yang lalu. Antara projek yang ditawarkan di ekspo tersebut adalah lapan projek PR1MA di Seremban Sentral, Seremban Utara, Senawang, Rantau 1 dan 2, Pedas, Port Dickson, Kuala Pilah serta Taman Green View.
SEREMBAN: ‘Pasar Waghih Kito’ yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan pada 7 April yang lalu merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam membantu pihak pengeluar makanan serta pengguna. Pasar tersebut menawarkan harga 20 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran serta dijadual untuk berlangsung sebanyak dua kali sebulan di Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR), Paroi.
JELEBU: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah merasmikan Empangan Sungai Triang yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan pada 22 Mac yang lalu.