PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN


VISI

Peneraju Perkhidmatan Awam Ke Arah Negeri Sembilan Unggul Dan Sejahtera.

 

MISI

Memperkasakan Pengurusan Perkhidmatan Dan Pembangunan Mampan Melalui Tadbir Urus Yang Telus, Efisien Dan Inovatif Demi Kesejahteraan Rakyat.

 

NILAI BERSAMA

"Profesional, Semangat, Unggul, Kebersamaan, Nilai Murni dan Strategik"

 

MOTO

"Bersama Menerajui Kecemerlangan"

 

TERAS STRATEGIK

1. Memperkasakan tadbir urus dan pengurusan sumber manusia ke arah kecemerlangan organisasi.

2. Mendigitalkan penyampaian perkhidmatan yang cepat dan responsif kepada rakyat.

3. Memacu pertumbuhan ekonomi yang optimum dan seimbang bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

4. Memperkukuh keupayaan modal insan dan pembangunan sosial.

5. Memperkasakan pengurusan sumber asli dan memantapkan penyediaan infrastruktur secara holistik.

 

OBJEKTIF

1. Merancang dan melaksanakan dasar serta strategi negeri untuk memacu,menggalak dan membantu pembangunan sosio ekonomi di Negeri Sembilan .

2. Melaksanakan misi, program dan aktiviti yang telah ditetapkan bagi negeri Sembilan.

3. Mewujudkan budaya kerja cemerlang melalui pemikiran positif,amalan yang produktif, kreatif dan inovatif dalam kalangan anggota perkhidmatan awam negeri.

4. Melaksanakan usaha-usaha ke arah pemodenan pentadbiran Negeri Sembilan melalui teknologi maklumat secara meluas.