Negeri Sembilan merupakan lokasi utama pelaburan memandangkan kedudukan geografinya berhampiran Lembah Klang yang merupakan pusat perindustrian dan perniagaan di negara ini. Dengan infrastruktur dan kemudahan yang sedia ada, Negeri Sembilan juga merupakan hab kepada Lembah Klang. Negeri Sembilan dahulunya gabungan Sembilan buah luak atau negeri sinonim dengan kedatangan orang Minangkabau dari Sumatera yang menyeberangi Selat Melaka kira-kira ratusan tahun dahulu. Dengan dialek, kebudayaan, adat dan istiadat menjadikan Negeri Sembilan berbeza daripada negeri lain telah menyerlahkan lagi keunikannya.

Pengunjung yang hadir bakal menikmati lanskap yang menarik, keindahan tanah yang dikelilingi oleh unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa di sebelah timur dan pinggir pantai yang panjang dan menarik di sebelah barat.

Negeri Sembilan memainkan peranan penting dalam sekuriti makanan dengan membabitkan sektor komoditi dan agromakanan di Malaysia. Dengan kedudukan yang stategik bersebelahan dengan pusat perniagaan dan kewangan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan menyediakan peluang besar sebagai lokasi utama pelaburan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://investns.com.my/