UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI
i. Menyemak dan menilai cadangan projek pembangunan oleh pihak swasta dan membuat perakuan kepada pihak berkuasa negeri dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh laporan/ ulasan lengkap dikemukakan oleh agensi berkaitan.
   
BAHAGIAN PERUMAHAN
i. Menyelesaikan setiap urusan semakan dan terimaan hasil di Kaunter Hasil dalam tempoh sepuluh (10) minit.
ii. Memastikan urusan permohonan deposit Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) dan tuntutan bayaran perolehan yang lengkap dan sempurna diproses dan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari waktu bekerja.
   
BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
i. Memproses tuntutan bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
   
BADAN KAWAL SELIA AIR
i. Mendahulukan pelanggan dan komited menguruskan pengeluaran lesen Abstraksi Air Mentah dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima daripada pelanggan.
ii. Mengambil tindakan terhadap aduan di bawah Akta Air 1920 dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
   
LEMBAGA PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN
i. Mengemas kini dan menyelaras aktiviti pelancongan sebanyak lima puluh dua (52) kali setahun melalui media sosial rasmi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS).
   
BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
i. Menyampaikan keputusan bagi kategori (i) consent dan (iv) premium pembangunan tanah kepada pemohon/agensi Kerajaan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.
ii. Menyampaikan keputusan pemohonan selain daripada permohonan consent dan premium tanah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
   
MAJLIS SUKAN NEGERI
i. Memastikan Program Pembangunan lima belas (15) jenis Sukan Teras dilaksanakan di Negeri Sembilan dengan sistematik untuk melahirkan atlet elit Negeri Sembilan dan Negara.
ii. Memastikan bantuan pengelolaan sukan, penyertaan pertandingan, perolehan peralatan sukan dan penganjuran program-program sukan oleh Persatuan Sukan Negeri diberi tidak lewat empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima dengan lengkap.
iii. Memastikan Majlis Sukan Negeri menjadi sumber rujukan semua pihak dalam aspek pembangunan sukan di pelbagai peringkat umur dan Sukan Berprestasi Tinggi.
iv. Memberi layanan yang mesra, cepat, telus dan saksama kepada semua pelanggan.
   
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
i. Memastikan perkhidmatan internet tidak tergendala melebihi 24 jam dalam tempoh sebulan bagi gangguan yang tidak dijangka.
   
PEJABAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
i. Setiap permohonan bantuan yang telah lengkap dan mendapat kelulusan akan dibayar dalam tempoh e mpat belas (14) hari bekerja.
   
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
i. Menguruskan pengisian jawatan kontrak dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup.
ii. Memproses semua urusan perkhidmatan kakitangan jabatan Negeri dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima.
iii. Pengeluaran keputusan urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan jawatan kenaikan pangkat.
   
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
i. Mengemukakan keputusan permohonan kenderaan oleh warga PSUKNS melalui Sistem Tempahan Kenderaan dalam tempoh satu hari bekerja.
ii. Menguruskan tempahan Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan, Port Dickson dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan.
iii. Menguruskan permohonan penyewaan lobi kafeteria Wisma Negeri dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan.
iv. Menyelesaikan semua tuntutan bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
   
UNIT PENGURUSAN MAJLIS RASMI DAN PROTOKOL
i. Petugas protokol akan tiba 1 jam sebelum program bermula untuk menyusun atur tugasan atau tindakan bagi memastikan majlis berjalan lancar dan sempurna.
ii. Semakan mengenai penerima-penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat bagi tahun-tahun terdahulu dibuat dalam masa (3) tiga hari bekerja selepas permohonan diterima.
iii. Mengedarkan Buku Harian Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan pada atau sebelum 5 Januari setiap tahun.
iv. Mengemaskini Senarai Protokol dalam masa (1) satu hari selepas menerima notis perubahan daripada pihak berkenaan.
v. Memberi sebarang maklum balas bertulis dalam masa (5) lima hari selepas permohonan diterima.
   
UNIT KORPORAT
i. Menjalankan kajian kepuasan pelanggan satu (1) kali setahun
ii. Mengurus dan menyelesaikan aduan orang ramai terhadap agensi kerajaan dalam tempoh maksimum lima belas (15) hari bekerja untuk kes aduan biasa. Bagi kes aduan kompleks, tempoh penyelesaian bergantung kepada tahap kompleksiti aduan.
iii. Memaklumkan keputusan penyelesaian aduan kepada pengadu dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas aduan diselesaikan.
   
UNIT AUDIT DALAM
i. Laporan pengauditan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
   
UNIT INTEGRITI
i. Memperkasakan pembudayaan integriti dalam kalangan penjawat awam dan memantapkan keutuhan tadbir urus dalam sistem pengurusan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
ii. Memulakan prosiding tatatertib selepas tujuh (7) hari laporan dan dokumentasi lengkap diterima.
iii. Memastikan kerahsiaan maklumat dan identiti pemberi maklumat/aduan mengikut Undang-undang yang berkuat kuasa.
iv. Memulakan tindakan pengesanan dan pengesahan aduan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas dokumentasi lengkap diterima.
v. Mengemukakan maklum balas aduan kepada pengadu dalam masa tujuh (7) hari setelah aduan selesai.