Sekapur Sireh

PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) WAKIL PEKERJA
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam Bersih, Muafakat, Sejahtera..

Pertama-tamanya saya mewakili barisan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Wakil Pekerja mengucapkan terima kasih kepada semua warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) yang telah memilih kami selaku wakil yang akan bersama-sama pihak pengurusan dalam menyelesaikan isu-isu pekerja dan membincangkan cadangan penambahbaikan aspek pengurusan dan hubungan majikan-pekerja bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih efektif dan cekap.

Dalam kemodenan arus Revolusi Perindustrian 4.0 ini, ledakan teknologi mampu membantu kita untuk bekerja dengan lebih efisien. Dengan adanya laman sesawang MBJ di portal PSUKNS ini, ianya dapat dijadikan sebagai platform utama untuk warga PSUKNS menyampaikan wardah dan pandangan yang akan dibawa oleh Wakil Pekerja dibincangkan bersama pihak pengurusan. Justeru, adalah wajar platform ini diwujudkan bagi mengeratkan hubungan majikan-pekerja yang seterusnya dapat mengurangkan masalah komunikasi yang timbul ketika menyelesaikan sesuatu isu.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar platform ini dimanfaatkan dan digunakan sebaik mungkin dimana setiap warga bersama-sama menyuarakan pendapat serta idea yang kreatif dan inovatif bagi memastikan setiap objektif kerja dapat dicapai dan produktiviti dapat ditingkatkan dengan jayanya. Semoga segala usaha kita dalam memartabatkan perkhidmatan awam Negeri Sembilan akan diberkati Allah SWT.

Sekian, terima kasih.


PENGERUSI
MBJ WAKIL PEKERJA SESI 2024/2025
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN