Orang Awam
-
N9DIGITAL
Sistem Permohonan Bantuan Rakyat Kerajaan Negeri Sembilan (N9.Digital) bertujuan memudahkan rakyat mendapatkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan secara atas talian. -
N9PAY
Sistem Pembayaran Digital Berpusat Untuk Perkhidmatan Gerbang Pembayaran Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan -
BAYARAN CUKAI TANAH
Sistem bayaran cukai tanah secara atas talian. -
ADUAN AWAM
Borang aduan awam secara atas talian. -
BANTUAN PELAJARAN
Borang anugerah siswazah cemerlang. -
LAMAN INFORMASI PINGAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Memaparkan maklumat berkaitan Darjah Kebesaran / Bintang /Pingat, Istiadat Pengurniaan serta membenarkan orang awam untuk membuat carian individu yang telah berjaya dianugerahkan Darjah Kebesaran / Bintang / Pingat Negeri Sembilan -
GIS9
GIS9 adalah nama singkatan bagi sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan yang mengandungi data-data Geospatial. GIS9 boleh memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk melalui ‘attribute table’ bagi keseluruhan kawasan Negeri Sembilan. GIS9 yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah khusus bagi membantu proses membuat keputusan dan perancangan dengan berdasarkan fungsi dan keperluan kepada jabatan-jabatan Kerajaan di Negeri Sembilan. -
Sistem Perumahan Negeri Sembilan (ePENS)
Sistem Perumahan Negeri Sembilan (ePENS) merupakan aplikasi yang diguna pakai di Bahagian Perumahan Negeri Sembilan bagi menguruskan Permohonan Rumah Awam Harga Rendah (RAHR), Rumah Mampu Milik (RMM)Type A dan Pengurusan Kutipan Sewaan Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) secara atas talian (online) di Negeri Sembilan.
Penjawat Awam
(Sistem ini adalah untuk capaian dalaman sahaja. Sila klik pada nama sistem untuk capaian.)
-
MyGovUC 3.0
Emel Rasmi Penjawat Awam Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. -
HRMIS
Satu sistem maklumat pengurusan sumber manusia penjawat awam yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi. -
e-Punch Card
Bertujuan untuk merekod dan menyediakan rujukan secara berpusat bagi tujuan pelaporan dan pemantauan kehadiran kakitangan. -
e-Gerak
Bertujuan untuk merekodkan pergerakan pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. -
Portal iSPEKS
Adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. -
eHelpdesk (Pejabat SUK Sahaja)
Digunakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dalam menguruskan aduan berkaitan peralatan ICT. -
eRating (Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan Secara Elektronik)
Merupakan satu kemudahan yang disediakan kepada pelanggan agar dapat memberi maklum balas atau penilaian bagi setiap perkhidmatan kaunter yang ditawarkan oleh agensi/jabatan secara elektronik. -
eKursus
Dibangunkan untuk memudahkan penjawat awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan membuat permohonan kursus dan menyemak status permohonan kursus dengan lebih efisien -
Sistem Tempahan
Menguruskan proses permohonan dan kelulusan tempahan (kenderaan, lobi, bilik mesyuarat, dewan, bilik latihan ICT) di Wisma Negeri. -
Sistem Aduan Aplikasi (Faultlog)
Sistem Aduan Aplikasi (Faultlog) dibangunkan bertujuan untuk mengurus semua permasalahan dan aduan yang diterima berkaitan sistem aplikasi (faultlog) secara atas talian. -
Sistem Pengurusan Stor (SPS)
Sistem aplikasi ini dibangunkan bagi membantu pihak pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus, dalam usaha memantau, menyelia dan menyelenggara pengurusan Aset Alih / Stor. -
Sistem Pingat
Berfungsi mengurus dan memantau proses pendaftaran pencalonan serta pengurniaan pingat di Negeri Sembilan. Pengguna sistem terdiri daripada kakitangan Unit Pengurusan Majlis dan Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. -
Sistem RatingNS
Merupakan sistem penilaian yang dilaksanakan bagi tujuan pengauditan secara self-auditing semua Jabatan/Agensi Negeri di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. -
Sistem Click N Repair
Dibangunkan sebagai medan pengantara kepada penjawat awam khususnya yang berkhidmat di Wisma Negeri untuk menyalurkan sebarang aduan berkenaan penyelenggaraan bangunan. -
Sistem Perumahan Negeri Sembilan (ePENSv2)
Sistem Perumahan Negeri Sembilan (ePENS) merupakan aplikasi yang digunapakai di Bahagian Perumahan Negeri Sembilan bagi menguruskan Permohonan Rumah Awam Harga Rendah (RAHR), Rumah Mampu Milik (RMM) Type A dan Pengurusan Kutipan Sewaan Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) secara atas talian (online) di Negeri Sembilan. -
Sistem Penanggungan Kerja Versi 2.0
Sistem Penanggungan Kerja Versi 2.0 dibangunkan bertujuan untuk menerima dan memproses permohonan dan kelulusan penanggungan kerja secara online bagi semua jabatan/agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. -
Sistem Pemantauan Projek ICT (SPPICT)
Sistem Pemantauan Projek ICT (SPPICT) dibangunkan adalah untuk memantau kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Setiap projek ICT yang ingin dilaksanakan perlu mematuhi had nilai kelulusan jabatan dan skop projek yang telah ditetapkan untuk membantu jabatan/agensi mempercepatkan kelulusan pelaksanaan projek-projek ICT. -
Sistem Profil ADUN (SPADUN) 2.0
Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk menguruskan maklumat ADUN dan bekas ADUN di Negeri Sembilan -
Sistem Pemantauan Projek Pembangunan di Negeri Sembilan (NSPROMISE)
Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengurusan pemantauan prestasi pelaksanaan projek di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Sembilan. -
Sistem Pentadbir Direktori Pegawai Dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Direktori)
Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pentadbir Bahagian/Unit membuat pengemaskinian direktori pegawai dan kakitangan Pejabat Kerajaan Negeri Sembilan.