Polisi e-Penyertaan
Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Setiausaha Negeri Sembilan (SUKNS). SUKNS sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan SUKNS untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survei Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial Kementerian iaitu Facebook.
Oleh yang demikian, SUKNS amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
-
Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
-
Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
-
Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
-
Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
-
Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
-
Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
-
DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
-
Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
-
Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
-
Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
-
Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
-
Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
Kaji Selidik
Anda boleh mengemukakan sebarang cadangan atau pandangan. Segala maklumat yang diperoleh akan dikumpul dan dinilai.
KAJI SELIDIK YANG DIBUKA:
BIL. | TAJUK | TEMPOH KAJIAN |
---|---|---|
1. | Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan PSUKNS Tahun 2024 | 02/01/2024 hingga 31/12/2024 |
e-Informasi
e-Perundingan
e-Perundingan adalah usaha organisasi untuk menganjurkan sesi perundingan secara dalam talian dalam memberikan maklumat kepada rakyat.
Antara inisiatif e-perundingan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah seperti berikut :
BIL. | TAJUK |
---|---|
1. | Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kerajaan Negeri Sembilan |
2. | Maklumbalas Bagi Pertanyaan/ Aduan/ Cadangan |
e-Keputusan
Arkib Penyertaan
BIL. | Kaji Selidik / Kajian Kepuasan Pelanggan | TEMPOH KAJIAN |
---|---|---|
1. | Kajian Kepuasan Pelanggan PSUKNS | 2/1/2021 hingga 31/12/2021 |
2. | STRATEGIC DIGITAL PLAN - APPLICATION SYSTEM ASSESSMENT(TECHNICAL & USER) | 17/2/2021 hingga 3/3/2021 |