wbf

Port Dickson, 5 April 2024 (Korporat SUKNS) – Negeri Sembilan menyertai Kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri lain dengan memberikan Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri RM500 yang akan dibayar pada Jumaat ini kepada kakitangan jabatan negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun, berkata pemberian bantuan kewangan itu akan membabitkan 6,662 kakitangan.

"Pemberian bantuan kewangan ini membabitkan kakitangan kerajaan negeri di semua peringkat perjawatan yang membabitkan implikasi kewangan lebih RM3 juta”.

"Kita berharap kakitangan kerajaan negeri yang mendapat bantuan ini dapat berbelanja secara berhemah untuk pastikan kemeriahan Aidilfitri dapat dinikmati semua pihak”.

"Bantuan itu juga sebagai penghargaan kepada penjawat awam negeri selain meringankan beban kewangan mereka sempena Aidilfitri tahun ini," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Mingguan EXCO di Wisma Negeri.