wbf

Kuala Pilah, 14 Januari 2025 (Korporat SUKNS) – Seramai 555 orang penerima dianugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli penerima tunggal Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Dato’ Seri. Lima individu pula menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Dato’, iaitu Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO negeri, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Summit Ascent Holding Limited, Datuk Chua Ming Huat.

Pemegang Amanah Yayasan Munarah, S Sheranjiv, menerima anugerah Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Dato’. Seramai 25 individu pula menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Dato’.

Mereka yang menerima DBNS ialah Pengarah Syarikat Saaka Nilai Sdn Bhd, Abdul Malek Md Yoosof; Pengarah Peperangan Formasi Rejimen Semboyan Diraja, Brigedier Jeneral Dr Adnan Ajis; Pengarah Jabatan Arah Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja, Brigedier Jeneral Ahmad Jaidi Ali dan Ahli Majlis Akademi Perubatan Malaysia, Prof April Camilla Roslani.

Selain itu, Pengarah Eksekutif Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ayoh Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Bibi Sharliza Mohd Khalid; Penasihat Kelab Warganegara Veteran, Dr S Bob Devadas; Pengarah Urusan Dobi De Dixon Sdn Bhd, Chiew Chi Kin; Paderi Gereja Tamil Methodist Seremban, J Jonathan dan Pakar Perunding Oftalmologi Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Dr Khairul Husnaini Mohd Khalid.

Yang turut menerima DBNS ialah Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Leaw Kok Chan; Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Mohd Yazid Ahmad; Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn Bhd, Muhamad Zamry Abu Samah; Pengarah Urusan Kumpulan UMW Holdings Berhad, Mustamir Mohamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), K Nagulendran.

Selain itu, Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh; Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Endokrinologi, Dr Noor Lita Adam; Ketua Pakar Perubatan Keluarga, Dr Norsiah Ali; Pengarah Urusan Belt-Hech Engineering Suplies Sdn Bhd, Quay Tea Huat dan Pengarah Urusan Syarikat Jutawan Enterprise, Sih Huay Heng.

Selain itu, Pengarah Tanco Land Sdn Bhd, R Suresh Kumar; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Wan Hasnan Wan Musa; Pengarah Syarikat Wong Chee Choy; Setiausaha Publisiti DAP, Wong Thim Choy dan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) cawangan Negeri Sembilan, Yap Poh Seng.

Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 28 individu dan pingat Darjah Tuanku Muhriz (DTM) kepada empat orang penerima.

Selain itu, baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Pekerti Terpilih (DPT) kepada 25 penerima, Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) 73 penerima, Darjah Setiawan Tuanku Muhriz (STM) tiga penerima, Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) 130 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 227 penerima, Bentara Tuanku Muhriz (BTM) 19 penerima dan Pingat Khidmat Lama (PKL) 14 penerima.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran bintang dan pingat Negeri Sembilan bagi sesi pertama pada 14 Januari, manakala sesi kedua pada 20 Januari dan sesi ketiga pada 25 Januari di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.