Default Arial Verdana Geneva
small big blue reload  
Soal Selidik

Soal Selidik

  • Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan PSUKNS Tahun 2025 (KLIK DI SINI) 

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan
  • Utama
  • PSUKNS
    • Mengenai PSUKNS
    • Visi, Misi, Moto
    • Dasar & Objektif
    • Struktur Organisasi
    • Bahagian / Unit
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
    • Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)
    • Pegawai Kanan
    • Piagam Pelanggan
    • Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Pelan Strategik Organisasi
    • Pelan Strategik Pendigitalan
    • Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
    • Pekeliling Persekutuan dan Negeri
    • Polisi dan Garis Panduan Agensi
      • Polisi Agensi
      • Garis Panduan
    • Muat Turun Borang Penjawat Awam
    • CSIRTNS
  • Kerajaan
    • Informasi Negeri
      • Pengenalan
      • Sejarah Penubuhan
      • Adat Perpatih
      • Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri
      • Lokasi
      • Bendera & Jata
      • Lagu Kebesaran
      • Undang Dan Tunku Besar Tampin
    • Jabatan Negeri
    • Pejabat Daerah & Tanah
    • Badan Berkanun
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Rakyat
    • Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025
    • Aduan Rakyat
    • Pembayaran Cukai Tanah
    • Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam
    • GIS9
    • Laman Informasi Pingat Negeri Sembilan Darul Khusus
    • Perumahan
      • Dasar Perumahan Negeri Sembilan
      • Semakan Status Permohonan
    • Pelancongan
    • Pelaburan
    • Pendidikan
    • Pertanian
    • Kesihatan
    • Jenayah & Keselamatan
      • Kesalahan Syariah Negeri Sembilan
      • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
    • Muat Turun Borang
    • Inisiatif Belanjawan
  • Hubungi Kami
    • Direktori Pegawai
    • Alamat & Peta Lokasi
    • Maklum Balas
    • Facebook PSUKNS
  1. Anda berada di sini: 
  2. Utama
  3. PSUKNS
  4. Muat Turun Borang Penjawat Awam
  5. Tiada Kategori

Sindiket Judi Siber Tukar Taktik

SEREMBAN: Hanya 0.81 peratus atau 373 daripada 45,947 serbuan terhadap premis judi siber di negeri ini, dikategorikan sebagai berjaya sepanjang tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata bilangan keseluruhan serbuan oleh polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menunjukkan kerajaan serius memerangi aktiviti berkenaan.

Bagaimanapun, katanya kadar kejayaan yang terlalu kecil berpunca daripada taktik sindiket judi siber yang mempunyai rangkaian antarabangsa, tidak lagi menggunakan kaedah lama termasuk menyediakan komputer atau mesin judi di premis mereka.

"Mereka kini beroperasi di premis yang kelihatan seperti kafe dan hanya menyediakan tablet dilengkapi perisian atau aplikasi judi yang mempunyai sambungan dengan modem di luar negara.

"Apabila serbuan dijalankan, mereka memutuskan sambungan dan memadam aplikasi itu, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengaitkan aktiviti itu dengan perjudian untuk didakwa di mahkamah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini, hari ini.

Mohamad berkata, walaupun berdepan cabaran itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas Perjudian Siber negeri, tidak berputus asa dan akan terus memperbanyakkan serbuan bagi membanteras sindiket terbabit.

Sehubungan itu, beliau menggesa usaha menyelaras semula undang-undang berkaitan judi diberi keutamaan dan dibentangkan di Parlimen dengan segera bagi membolehkan tindakan lebih tegas dan berkesan diambil dalam usaha memerangi judi siber.

Sementara itu, katanya kerajaan negeri mengkaji untuk menggunakan undang-undang berkaitan kesihatan dalam usaha melupuskan barang rampasan judi yang terlalu banyak disimpan sebagai bahan kes, terutama di balai serta stor polis.

"Kita difahamkan, terdapat bahan berbahaya termasuk radioaktif dalam kuantiti kecil pada setiap peralatan komputer dan mesin judi. Berikutan bilangannya yang terlalu banyak, kita bimbang kesihatan anggota polis dan orang berhampiran terjejas dalam jangka masa panjang," katanya.

Sumber dari BH Online

Gerakan Bersepadu Banteras Judi Siber

SEREMBAN 26 Nov. - Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas Membanteras Perjudian Siber berjaya melaksanakan gerakan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memerangi kegiatan judi siber di seluruh negeri ini.

Operasi itu melibatkan dua jenis judi iaitu secara dalam talian dan premis yang menggunakan mesin hadiah di pusat hiburan keluarga.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Pasukan Petugas Perjudian Siber Negeri Sembilan, berdasarkan sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tahun ini sebanyak 13,486 serbuan dan pemantauan telah dilaksanakan ke atas premis pusat hiburan keluarga dan pusat siber.

“Sebanyak 299 komputer untuk tujuan berjudi telah dirampas.

“Selain itu 75 orang penganjur telah berjaya ditangkap dan 223 pemain telah berjaya diberkas. Ini merupakan satu kejayaan besar di dalam usaha menangani masalah judi siber di negeri ini,” kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, kes perjudian siber telah menunjukkan penurunan yang drastik hasil daripada usaha berterusan pihak berwajib.

“Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2014, sebanyak 2,060 rampasan komputer telah dibuat namun bagi tempoh yang sama pada tahun ini ia menurun kepada 312.

“Begitu juga dengan jumlah tangkapan penganjur yang berkurangan pada tahun 2014 seramai 157 berbanding 75 orang bagi tahun ini. Dari segi pemain pula pada tahun 2014 seramai 356 pemain telah diberkas. Pada tahun ini pula jumlah tersebut menurun kepada 223 orang sahaja,” tegas kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, penurunan ini berlaku kerana usaha berterusan dan serius kerajaan negeri serta ketegasan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu kegiatan itu dihapuskan serta-merta.

“Keputusan kerajaan negeri tidak memperbaharui lesen pusat hiburan keluarga dan lesen yang sedia ada dilihat menjadi penyumbang utama kepada penurunan tersebut.

“Namun begitu hal itu tidak boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang hakiki kerana modus operandi operator judi telah mula bertukar kepada penggunaan telefon pintar dan gajet siber yang lain.

“Justeru kerajaan negeri akan terus berusaha dengan lebih keras dengan menggunakan pendekatan penguatkuasaan yang lebih komprehensif dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Selain itu, kerajaan negeri telah menggerakkan jentera penerangan bersepadu dalam memberikan penjelasan dan penerangan mengenai gejala judi siber di Negeri Sembilan. Harapan kerajaan negeri agar usaha membanteras judi siber ini terus dilipat-gandakan,” jelas kenyataan itu.

Sumber dari Utusan Online

Petikan dari N9Kini, 18 Jan

Negeri Sembilan Terus Agresif Banteras Judi Siber

WISMA NEGERI, 18 JAN – Negeri Sembilan akan terus membanteras kegiatan judi siber dan melaksanakan penguatkuasaan agresif seperti mana yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas Perjudian Siber (PPPS) tahun lalu.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, dalam Mesyuarat Tindakan Negeri yang pertama bagi tahun 2017 semalam beliau telah mengarahkan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Polis dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan untuk terus memantau, membanteras, menyerbu, merampas dan menangkap mereka yang menjadi operator judi haram termasuklah mereka yang melindungi kegiatan tersebut.

Statistik Operasi Perjudian Siber oleh Pasukan Petugas Perjudian Siber (PPPS) Negeri Sembilan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Negeri Sembilan dari Januari hingga Disember 2016 jelas menunjukkan peningkatan yang drastik berbanding tahun 2015 akibat tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif.

Sejumlah 45,957 serbuan/pemantauan dilakukan pada 2016 berbanding 13,596 pada 2015. Serbuan yang berjaya pula, sebanyak 273 pada 2016 dan hanya 78 pada 2015.

Terdapat sebanyak 2,222 rampasan komputer telah berjaya dilakukan pada 2016 berbanding 312 pada 2015.

Manakala sebanyak 552 tangkapan penganjur dilakukan berbanding 75 pada 2015. Bagi tangkapan pemain pula, sebanyak 650 tangkapan dilakukan pada 2016 berbanding 223 pada 2015.

Menurut Menteri Besar lagi, pesalah beragama Islam akan didakwa menerusi undang-undang Syariah manakala pesalah bukan Islam didakwa di bawah undang-undang perjudian. Selain itu, premis akan dipotong bekalan air dan elektrik agar tidak dapat meneruskan operasi dan tidak dibenarkan dikeluarkan sebarang lesen perniagaan selama tiga tahun.

Tindakan ini juga adalah sebagai amaran terhadap pemilik premis supaya mengambil berat jenis perniagaan yang dijalankan oleh penyewa.

Katanya lagi, kebanyakan mereka tidak berjaya didakwa disebabkan sukar membuktikan kanun perjudian tersebut. Umpamanya mereka menggunakan modem dari luar negara dan aplikasi yang digunakan telah dipadam terlebih dahulu.

Sumber dari N9kini

Petikan dari BERNAMA,

45,947 PUSAT JUDI HARAM DI NEGERI SEMBILAN DISERBU TAHUN LEPAS

 

Foto ihsan dari ismaweb

SEREMBAN, 19 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Sebanyak 45,947 pusat judi haram di negeri ini diserbu dengan 123 premis dikenakan tindakan dipotong bekalan elektrik dan air, sepanjang tahun lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, daripada jumlah itu, hanya 373 serbuan berjaya didakwa, berikutan modus operandi operator judi yang berubah dengan menjalankan kegiatan judi dalam talian.

“Kadang-kadang serbuan tak dapat kita dakwa sebab modemnya tiada di lokasi, ia ada di luar negara dan dengan berbekalkan tablet, melalui aplikasi dalam talian, permainan judi dijalankan.

“Bila serbuan dijalankan, aplikasi judi dipadamkan dan ini yang menyebabkan serbuan banyak dibuat tapi kejayaan mendakwa kurang bagaimanapun peralatannya tetap kita rampas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco di sini hari ini.

Mohamad berkata, sebanyak 2,222 komputer dirampas dengan seramai 552 penjaga premis dan 650 pemain ditahan.

Sebanyak 296 kes kesalahan judi siber di seluruh negeri telah dituduh di mahkamah di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Sembilan 1998.

Selain itu, beliau juga berharap undang-undang berkaitan judi dalam negara dapat diperketatkan bagi membanteras aktiviti judi haram dan dalam talian dengan lebih berkesan.

“Perundangan seperti ini perlu disegerakan kerana ia menjejaskan masyarakat kalau tak dibuat segera,” katanya.

Selain itu, Mohamad berkata, melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, semua agensi berkaitan akan dikumpulkan dalam satu jawatankuasa bagi mewujudkan keseragaman penguatkuasaan di setiap daerah.

“Pusat judi tidak akan hidup lama kalau tiada orang yang pergi berjudi. Semua pihak kena main peranan supaya masyarakat hidup harmoni,” katanya.

Sumber dari BERNAMA

Petikan dari BERNAMA, 29 Ogos

Seremban, 29 Ogos - Polis menahan sembilan lelaki selepas dipercayai cuba menghidupkan semula aktiviti perjudian siber di empat premis di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam Ops Dadu Khas enam jam yang bermula pukul 5 petang itu, polis menahan kesemua lelaki yang berumur 18 hingga 58 tahun. Turut ditahan 11 pelanggan berusia 20 hingga 57 tahun, termasuk dua warga Indonesia dan seorang warga Myanmar.

Hasil pemantauan, polis menyerbu empat premis di Taman Sri Mawar, Jalan Zaaba, Jalan Dr Ismail dan Kampung Baru Mambau di sini, yang dipercayai baru memulakan operasi judi siber itu tidak sampai seminggu, katanya.

Dalam operasi yang disertai lebih 50 anggota dan pegawai, polis merampas wang tunai sebanyak RM8,885, 28 mesin simulator, 31 set komputer dan satu suis yang digunakan untuk menukar pemain," katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Sebelum ini, Negeri Sembilan dilaporkan bebas daripada sebarang aktiviti perjudian siber.

Muhamad Zaki berkata pihak polis akan berbincang dengan pihak Majlis Perbandaran Seremban, Tenaga Nasional Bhd dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd untuk tindakan selanjutnya terhadap premis yang terlibat.

"Pihak polis akan terus memantau untuk memastikan tiada kegiatan judi siber di daerah ini dan saya ingatkan kepada mereka ini, tiada kompromi dan tidak akan biarkan mereka teruskan aktiviti perjudian.

"Saya juga menyeru masyarakat supaya sekiranya terdapat premis yang disyaki menjalankan judi siber ini, boleh terus menghubungi bilik gerakan polis yang beroperasi 24 jam di talian 06-6014999," katanya.

Beliau berkata bagi memastikan kegiatan haram ini diperangi habis-habisan, setiap ketua polis balai dikehendaki menghantar laporan bergambar kepada ketua polis daerah yang menunjukkan premis yang terlibat tidak lagi menjalankan kegiatan tersebut.

Sumber dari BERNAMA

Lebih banyak artikel..

  1. Negeri Sembilan Kini
  2. Pengenalan
  3. _PEGAWAI KANAN
Halaman 4 dari 4
  • Mula
  • Seterusnya
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • Seterusnya
  • Tamat
HUBUNGI KAMI
QRcode

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns[at]ns[dot]gov[dot]my

PENGIKTIRAFAN DAN PERSIJILAN

Logo SIRIM

Jumlah Pelawat : 15390315

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi daripada laman ini.

Paparan terbaik dengan Chrome versi 43.0 ke atas dan minimum resolusi 1280 x 768 piksel

© Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Semua Hak Cipta Terpelihara.
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Peta Laman

MYHRMIS MOBILE

Hebahan

Pengenalan

Berita PSUKNS

Soalan Lazim

Pencapaian Piagam Pelanggan

Direktori Pegawai

Perkhidmatan Atas Talian

Ketua Pegawai Digital (CDO)

Pembidaan

Kalendar

Maklum Balas

Arkib Elektronik

#