Default Arial Verdana Geneva
small big blue reload
Soal Selidik

Soal Selidik

• Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan PSUKNS Tahun 2025 (KLIK DI SINI)

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan
• Utama
• PSUKNS
• Mengenai PSUKNS
• Visi, Misi, Moto
• Dasar & Objektif
• Struktur Organisasi
• Bahagian / Unit
• Ketua Pegawai Digital (CDO)
• Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)
• Pegawai Kanan
• Piagam Pelanggan
• Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan
• Pelan Strategik Organisasi
• Pelan Strategik Pendigitalan
• Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
• Pekeliling Persekutuan dan Negeri
• Polisi dan Garis Panduan Agensi
• Polisi Agensi
• Garis Panduan
• Muat Turun Borang Penjawat Awam
• CSIRTNS
• Kerajaan
• Informasi Negeri
• Pengenalan
• Sejarah Penubuhan
• Adat Perpatih
• Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri
• Lokasi
• Bendera & Jata
• Lagu Kebesaran
• Undang Dan Tunku Besar Tampin
• Jabatan Negeri
• Pejabat Daerah & Tanah
• Badan Berkanun
• Pihak Berkuasa Tempatan
• Rakyat
• Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025
• Aduan Rakyat
• Pembayaran Cukai Tanah
• Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam
• GIS9
• Laman Informasi Pingat Negeri Sembilan Darul Khusus
• Perumahan
• Dasar Perumahan Negeri Sembilan
• Semakan Status Permohonan
• Pelancongan
• Pelaburan
• Pendidikan
• Pertanian
• Kesihatan
• Jenayah & Keselamatan
• Kesalahan Syariah Negeri Sembilan
• Agensi Anti Dadah Kebangsaan
• Muat Turun Borang
• Inisiatif Belanjawan
• Hubungi Kami
• Direktori Pegawai
• Alamat & Peta Lokasi
• Maklum Balas
• Facebook PSUKNS
1. Anda berada di sini:
2. Utama
3. PSUKNS
4. Muat Turun Borang Penjawat Awam
5. Tiada Kategori

Seremban, 22 November 2024 (Korporat SUKNS) – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan sebanyak dua bulan gaji kepada 6,613 penjawat awam negeri di bawah pentadbiran. Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, bantuan itu akan diberikan kepada 6,613 penjawat awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“BKK akan dibayar pada Januari dan sebelum Aidilfitri pada Mac 2025 bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri di Wisma Negeri.

Aminuddin turut berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan penjawat awam di Negeri Sembilan yang mana tadbir urus dan tatakelola perkhidmatan awam berada pada tahap tertinggi  dan sering dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain.

“Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh penjawat awam di negeri ini.

“Pengiktirafan demi pengiktirafan yang diterima di peringkat nasional membuktikan tadbir urus dan tatakelola perkhidmatan awam negeri ini berada pada tangga aras yang tinggi dan sering dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain.

“Kejayaan kita mengubah daripada belanjawan defisit kepada surplus untuk dua tahun berturut-turut menjadi bukti kukuh bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai sekiranya disokong dengan iltizam dan tekad jitu semua penjawat awam.

“Menghargai dan menginsafi pengorbanan dan kesungguhan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sukacita saya umumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam yang berada di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri,” kata Aminuddin.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Zafir Ibrahim mewakili seluruh penjawat awam Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas beberapa insentif khas untuk penjawat awam negeri seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2025 pada Jumaat.

“Selain bonus, penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi Skim Pinjaman Kenderaan Tanpa Faedah dan RM50,000 bagi Pinjaman Komputer Tanpa Faedah pada tahun 2025, khas bagi penjawat awam.

“Selaras dengan tema Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2025 iaitu ‘Bersama Membina Negeri MADANI’, saya menyeru agar semua penjawat awam di Negeri Sembilan bersama-sama berganding bahu memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik bagi mengukuhkan kegemilangan negeri demi kesejahteraan rakyat selaras dengan seruan pucuk pimpinan negeri.

“Berusahalah dengan lebih gigih lagi untuk mempertingkat produktiviti, tatakelola, nilai integriti dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Teruskan komitmen kita sebagai penjawat awam bagi mendukung aspirasi Kerajaan Negeri demi menjadikan Negeri Sembilan sebagai model sebuah negeri maju yang bersatu padu, bertoleransi, saling menghormati, bertamadun dengan ekonomi yang mampan dan kehidupan rakyat aman makmur serta sejahtera,” kata Mohd Zafir.

“Kerajaan Negeri Sembilan membentangkan Belanjawan 2025 dengan mengekalkan tema 'Bersama Membina Negeri Madani' merupakan belanjawan berimbang dengan anggaran hasil dan belanja mengurus sebanyak RM590 juta.

Merdeka2023

Seremban, 1 Oktober 2023 (Korporat SUKNS) – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1445 Hijrah yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban. Baginda yang diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,Dato’ Mohd. Zafir Ibrahim.

Baginda berdua turut berkenan untuk menyertai perarakan sempena majlis tersebut. Hadir sama, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawirmenyeru kepada semua pemimpin dan rakyat di negeri ini untuk terus menyemai danmemperkukuhkan perpaduan bagi memastikan sikap saling menghormati antara satu sama lain kekal utuh.

Titah baginda, Rasulullah SAW juga telah menjadikan tali persahabatan dan persaudaraan sejak mula menegakkan negara Islam Madinah sehingga termeterainya Piagam Madinah dan perlu dijadikan contoh terbaik kepada semua lapisan masyarakat, khususnya para pemimpin.

Menurut baginda lagi, antara matlamat Rasul adalah untuk menyatukan umat daripadapelbagai kaum dan bangsa agar semuanya kembali kepada tuhan yang maha esa dengan penuh hikmah dan rahmah.

“Rasulullah SAW menyampaikan risalah dakwah sehingga akhirnya wujud perpaduan yang mapan. Oleh itu, umat yang bijak mencari titik persamaan dan mengurangkan jurang perbezaan, akan menjadi umat yang berkualiti.

“Rasulullah SAW juga telah menjadikan tali persahabatan dan persaudaraan sejak mula menegakkan negara Islam Madinah sehingga termeterainya Piagam Madinah. Justeru,semua pemimpin dan rakyat di negeri ini perlu terus menyemai benih perpaduan dan memperkukuhkannya sehingga perasaan saling menghormati antara satu sama lain kekal utuh,” titah baginda.

Tuanku Muhriz dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak berkepentingan supaya akur dengan kedudukan agama Islam di negara ini.

“Beta juga mengingatkan bahawa semua pihak berkepentingan perlu akur dengan kedudukan Islam sebagai agama negara dan mempunyai martabat tertinggi serta istimewa,tanpa menafikan keadilan terhadap golongan lain,” titah baginda lagi.

Sementara itu, Dato’ Seri Aminuddin Harun dalam ucapannya juga berharap agar rakyat Negeri Sembilan boleh menjadi contoh memperlihatkan kepelbagaian dan menzahirkan perpaduan yang menjadi teras kepada negara Malaysia.

“Dengannya rakyat negeri ini akan menikmati kehidupan yang berkualiti, mampan dan sejahtera secara holistik. Rakyat yang lebih kreatif, berdaya cipta, hidup saling hormat menghormati, yakin dan ihsan dalam setiap perancangan dan tindakan.

“Pada masa yang sama nilai bersih, muafakat dan sejahtera terus bersemarak dan kekalmenjadi budaya kita bersama,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Menteri Besar, perarakan kali ini disertai oleh 76 buah kontinjen melibatkan 4,500 orang peserta daripada segenap lapisan masyarakat.  Penyertaan terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat swasta, institut pengajian tinggi, sekolah dan masyarakat awam.

1. Konvensyen Menetang Penyeksaan Dan Perlakuan Atau Hukuman Lain Yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan Atau Merendahkan Martabat
2. Protokol Opsyenal Kepada Konvensyen Menentang Penyeksaan Dan Perlakuan Atau Hukuman Lain Yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan Atau Merendahkan Martabat
3. Konvensyen Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita
4. Protokol Opsyenal Kepada Konvensyen Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita
5. Konvensyen Tentang Hak Kanak-Kanak
6. Protokol Opsyenal Kepada Konvensyen Tentang Hak Kanak-Kanak Berkenaan Dengan Pelibatan Kanak-Kanak Dalam Konflik Bersenjata
7. Protokol Opsyenal Kepada Konvensyen Tentang Hak Kanak-Kanak Berkenaan Dengan Penjualan Kanak-Kanak, Pelacuran Kanak-Kanak Dan Pornografi Kanak-Kanak
8. Protokol Opsyenal Kepada Konvensyen Tentang Hak Kanak-Kanak Berkenaan Dengan Prosedur Komunikasi
9. Konvensyen Tentang Hak Orang Kurang Upaya
10. Protokol Opsyenal Kepada Konvensyen Tentang Hak Orang Kurang Upaya
11. Waad Antarabangsa Tentang Hak Sivil Dan Hak Politik
12. Protokol Opsyenal Kepada Waad Antarabangsa Tentang Hak Sivil Dan Hak Politik
13. Protokol Opsyenal Kedua Kepada Waad Antarabangsa Tentang Hak Sivil Dan Hak Politik, Bermatlamat Untuk Penghapusan Hukuman Mati
14. Konvensyen Antarabangsa Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
15. Waad Antarabangsa Tentang Hak Ekonomi, Sosial Dan Budaya
16. Protokol Opsyenal Kepada Waad Antarabangsa Tentang Hak Ekonomi, Sosial Dan Budaya
17. Konvensyen Antarabangsa Untuk Perlindungan Semua Orang Daripada Penghilangan Secara Paksa
18. Konvensyen Antarabangsa Tentang Perlindungan Hak Semua Pekerja Hijrahan Dan Ahli Keluarga Mereka
19. Pernyataan Penutup Dan Konvensyen Berkaitan Dengan Status Pelarian
20. Protokol Berkaitan Dengan Status Pelarian
21. Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Lebih banyak artikel..

1. Kebebasan Maklumat
2. Inisiatif Belanjawan
3. Persidangan Ketiga, Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Ke-14
4. Inisiatif Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2022
Halaman 1 dari 4
• Mula
• Seterusnya
• 1
• 2
• 3
• 4
• Seterusnya
• Tamat
HUBUNGI KAMI
QRcode

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns[at]ns[dot]gov[dot]my

PENGIKTIRAFAN DAN PERSIJILAN

Logo SIRIM

Jumlah Pelawat : 15389633

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi daripada laman ini.

Paparan terbaik dengan Chrome versi 43.0 ke atas dan minimum resolusi 1280 x 768 piksel

© Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Semua Hak Cipta Terpelihara.
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Peta Laman

MYHRMIS MOBILE

Hebahan

Pengenalan

Berita PSUKNS

Soalan Lazim

Pencapaian Piagam Pelanggan

Direktori Pegawai

Perkhidmatan Atas Talian

Ketua Pegawai Digital (CDO)

Pembidaan

Kalendar

Maklum Balas

Arkib Elektronik