WISMA NEGERI (19 Oktober 2018):
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dr. Razali bin Ab. Malik menghadiri majlis perhimpunan bersama dengan pengawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) yang berlangsung di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Encik Muhamad Nahar bin Haji Mohd Sidek, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Puan Salinah binti Ismail dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Setiausaha Kerajaan di dalam ucapannya mengingatkan penjawat awam supaya melaksanakan tugas mengikut Standard Operating Procedure (SOP), tadbirurus yang baik dan penuh berintegriti.

Menurutnya lagi, setiap penjawat awam perlu bekerja dalam satu pasukan dengan menerapkan nilai bersih, cekap dan amanah.

Perhimpunan yang diurusetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dihadiri lebih 300 anggota perkhidmatan awam yang terdiri daripada unit-unit di bawah pentadbiran PSUKNS di Wisma Negeri.