Sidang Dun Negeri Sembilan Diadakan Dengan Kehadiran Terhad
Seremban, 3 Mei 2020 (UKIK - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dijadual pada 4 Mei ini akan berlangsung dengan kehadiran yang dihadkan, kata Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas di sini, beliau berkata bagaimanapun persidangan sehari itu akan ditayangkan sepenuhnya secara langsung di platform yang akan diumumkan kelak.

Sementara itu, beliau berkata jawatankuasa berkenaan hari ini bersetuju membenarkan hari Ahad sebagai tambahan hari kepada kedai-kedai yang dibenarkan beroperasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menjadikan kesemuanya tiga hari berbanding dua hari sebelum ini.

Seperti kedai makanan haiwan kesayangan, ubatan, perkakasan, bengkel kereta yang ditambah sehari lagi serta empat lagi iaitu kedai elektrik dan elektronik, kedai telekomunikasi, kedai alat ganti kenderaan dan motosikal. Bagaimanapun, kedai aksesori kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.