Seremban, 16 Disember 2020 (UKIK) — Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan untuk menarik pelaburan berjumlah RM10 bilion pada tahun depan, dua kali ganda berbanding RM5 bilion pada tahun ini. Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri optimis untuk membawa masuk pelaburan meskipun negara berdepan situasi sukar akibat pandemik COVID-19.