wbf

Seremban, 2 Mac 2025 (Korporat SUKNS) – Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini. Kebenaran ini turut terpakai kepada semua penjawat awam wanita termasuk bukan Islam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun berkata, kebenaran itu hanya membabitkan hampir 2,500 pekerja wanita, tidak termasuk yang berada di bawah Persekutuan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, seramai hampir 2,500 penjawat awam wanita mempunyai pilihan untuk masuk kerja pada pukul 7.30 pagi dan pulang seawal 2.00 petang dengan syarat tiada waktu rehat tengahari (cukup jam bekerja).

"Waktu kerja anjal akan dilaksanakan untuk wanita sahaja, pada setiap hari Jumaat mereka akan mula bekerja seawal jam 7.30 pagi dan dibenarkan pulang pada jam 2 petang. Mereka tiada rehat dan tiada sembahyang Jumaat, jadi mereka boleh terus balik.

"Manakala yang lelaki sambung balik (kerja), lepas sembahyang Jumaat masuk balik kerja seperti biasa, tak apa kerja di bulan Ramadan itu adalah pahala," katanya.

Bagaimanpun menurut beliau, ketua jabatan adalah bertanggungjawab untuk memantau waktu bekerja pegawai yang perlu bertugas dengan memastikan prosedur dan syarat yang ditetapkan dipatuhi oleh semua pegawai bawah seliaan.

“Ketua Jabatan juga perlu memastikan perkhidmatan kaunter tidak terjejas dengan pelaksanaan kemudahan tersebut.

“Semoga pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) Khas Bulan Ramadhan Tahun 2025 ini akan meningkatkan motivasi semua penjawat awam wanita di Negeri Sembilan dalam memberikan komitmen sepenuhnya kepada perkhidmatan awam Negeri Sembilan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Exco yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Zafir Ibrahim serta Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.