1. TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS)

  2. PENGENALAN
    TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini. Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2022 yang bertemakan 'Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat', Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun keempat pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3.00 juta

    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
    3. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat;
    4. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
    5. Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00;
    6. Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga (3) bulan;
    7. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
    8. Pemohon tidak berstatus muflis; dan
    9. Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima (5) tahun.

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik 


  3. TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN PLUS (TUNS PLUS)

  4. PENGENALAN
    TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini. Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2022 yang bertemakan 'Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat', Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun keempat pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3.00 juta

    SYARAT PERMOHONAN
    1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia, namun begitu keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan;
    2. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/ Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf, masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh satu (1) tahun sebelum permohonan dibuat;
    3. Mempunyai lesen/permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan;
    4. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
    5. Mempunyai premis/tapak/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak.
    6. Berumur di antara 21 hingga 55 tahun (mengambil kira tempoh pembiayaan akan tamat pada 60 tahun);
    7. Memenuhi definisi Mikro (Jualan tahunan kurang daripada RM300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada lima (5) orang);
    8. Mempunyai akaun perniagaan/ syarikat yang sah dan aktif dalam tempoh enam (6) bulan;
    9. Pemohon tidak berstatus muflis;
    10. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa; dan
    11. Keutamaan kepada penerima TUNS yang berkelayakan.

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik


  5. SISWAZAH TANI (INSIST9)

  6. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Warganegara Malsyai berumur 40 tahun ke bawah
    2. anak negeri sembilan atau menetap di negeri sembilan sekurang-kurangnya 10 tahun
    3. mempunyai kemudahan tanah (sendiri/sewa)
    4. melaksanakan projek sayur-sayuran buah-buahan atau industri berpotensi
    5. keluasan tanah sekurang-kurangnya 0.4 hektar bagi kovensional, 1500 pilibeg bagi pertigasi, 3000 bongkah cendawan atau 20 haif lebah/kelulut dan telah memulakan projek pertanian

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik / Kaunter Pejabat Pertanian Daerah


  7. PETANI MUDA

  8. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Warganegara Malaysia
    2. Mengusahakan projek minium
    3. mengusahakan projek minimum 0.4 hektar (1 ekar) atau 1500 polibeg (fertagasi), 3000 bongkah cendawan atau 20 haif lebah/kelulut
    4. pemilikan tanah sendiri atau sewa
    5. telah melaskanakan projek pertanian

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik / Kaunter Pejabat Pertanian Daerah


  9. BIASISWA ANAK NEGERI

  10. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Khas untuk pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 yang bersekolah di Negeri Sembilan
    2. Pelajar dari golongan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 dan ke bawah.
    3. Pemohon tidak boleh menerima sebarang biasiswa atau bantuan lain daripada agensi kerajaan atau bukan kerajaan
    4. Setiap pelajar akan menerima sumbangan RM600 sekali setahun melalui Pusat Khidmat DUN
    5. Pelajar mesti dari kalangan keluarga E-Kasih

    CARA PERMOHONAN : Permohonan melalui sekolah


  11. BANTUAN IMPLAN ORTOPEDIK

  12. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Pesakit adalah rakyat Negeri Sembilan
    2. Pesakit mestilah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
    3. Pesakit adalah golongan miskin berpendapatan kurang dari RM4,000 sebulan
    4. Permohonan hanya diterima daripada 3 hospital (Hospital Tuanku Jaafar, Seremban / Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala PIlah / Hospital Port Dickson, Port Dickson).
    5. CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik / Permohonan melalui hospital


  13. TABUNG PERUBATAN HAEMODIALYSIS

  14. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Pesakit adalah rakyat Negeri Sembilan
    2. Pesakit mestilah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
    3. Pesakit adalah golongan miskin berpendapatan kurang dari RM4,000 sebulan
    4. Permohonan hanya diterima daripada hospital kerajaan sahaja

    CARA PERMOHONAN : Pemohon akan dikenalpasti oleh pihak hospital sebagai berkelayakan untuk memohon


  15. RUMAH HARAPAN RAKYAT

  16. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
    3. Bujang dan berkahwin (keutamaan kepada yang telah berkahwin)
    4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
    5. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
    6. Memiliki tanah sendiri (HAK MILIK/PERKONGSIAN) sahaja. Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
    7. Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
    8. Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan.
    9. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
    10. Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh.

    CARA PERMOHONAN Borang dalam talianklik


  17. BANTUAN IBU TUNGGAL C4U

  18. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    Ibu tunggal yang layak dipertimbangkan harus memiliki kriteria berikut:
    1. Wanita yang bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau
    2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau
    3. Wanita ibu tunggal yang tiada anak & bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap.
    4. Berdaftar dengan eKasih; atau
    5. Diperaku untuk layak menerima bantuan oleh Mesyuarat Focus Group Daerah dan seterusnya perlu didaftarkan di dalam eKasih.

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik / Kaunter Pejabat Daerah


  19. i-SURI
    1. Warganegara Malaysia
    2. Belum mencapai umur 60 tahun
    3. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
    4. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
    5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik / Kaunter KWSP