ExcoAngkatSumpah

Kuala Pilah, 25 Ogos 2023 (Korporat SUKNS) – Seramai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baginda berkenan menyempurnakan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan yang diadakan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini.

Pada istiadat itu, ADUN Pertang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias dilantik sebagai Exco Kanan.

Turut dilantik sebagai Exco ialah Tuan Teo Kok Seong (Bahau), Dato’ Ismail Lasim (Senaling) dan Tuan J. Arul Kumar (Nilai), Tuan Mustapha Nagoor (Palong), Tuan S. Veerapan (Repah) dan Dato’ Mohd. Faizal Ramli (Linggi).

Buat pertama kali, tiga orang ADUN wanita turut berada dalam senarai Exco, mereka ialah Puan Nicole Tan Lee Koon (Bukit Kepayang); Puan Noorzunita Begum Mohd. Ibrahim (Pilah) dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (Ampangan).

Buat pertama kali, tiga orang ADUN wanita turut berada dalam senarai Exco, mereka ialah Puan Nicole Tan Lee Koon (Bukit Kepayang); Puan Noorzunita Begum Mohd. Ibrahim (Pilah) dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (Ampangan).

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada pasca Mesyuarat Exco yang pertama di Wisma Negeri. Aminuddin berkata selain sebagai Menteri Besar, beliau turut memegang portfolio Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan; Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah dan Sumber Alam dan Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam.

Exco Kanan Dato’ Seri Jalaluddin Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, menggalas portfolio Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi dan Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup.

Empat Exco yang dilantik semula, Teo Kok Seong (ADUN Bahau) menggalas portfolio Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) dan ADUN Bukit Kepayang Nicole Tan (Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan).

Manakala ADUN Repah S. Veerapan (Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan) dan ADUN Nilai J. Arul Kumar (Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan).

Exco baharu lain ADUN Pilah Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat); ADUN Seri Menanti Dato’ Ismail Lasim (Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan) dan ADUN Palong Mustapha Nagoor (Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan).

ADUN Linggi Dato’ Mohd Faizal Ramli pula memegang portfolio Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital dan ADUN Ampangan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional, dan Badan Bukan Kerajaan.