apc

Seremban, 8 Mei 2023 (Korporat SUKNS) – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani kira-kira pukul 1:30 tengah hari. Turut menyerikan majlis Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Lebih 20,000 orang membanjiri pekarangan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Forest Heights yang menjadi lokasi penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani.

Sebanyak 52 buah gerai makanan menyediakan pelbagai juadah termasuk sate, kambing golek, rendang maman, lemang daun lerek, apam Johol dan pelbagai lagi disediakan kepada orang ramai yang hadir pada majlis yang bermula pukul 10.30 pagi itu.