apc

Seremban, 30 Mac 2023 (Korporat SUKNS) – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidiltri sebanyak RM1,000 kepada 3,796 penjawat awam negeri di bawah pentadbiran. Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata pemberian bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM3.796 juta.

BKK itu tidak termasuk kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pemberian BKK ini juga adalah hasil daripada lebihan pendapatan yang dicapai dalam bajet tahun lalu mencecah RM523 juta berbanding sasaran RM432 juta

"Ini juga sebagai usaha meringankan beban kewangan kepada anggota pentabiran kerajaan negeri dalam membuat persiapan menyambut hari raya selain penghargaan kepada mereka sempena Aidilfitri tahun ini.

"Kita yakin pemberian BKK ini juga dapat merancakkan ekonomi Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri.

Pembayaran akan dilakukan pada 14 April ini.

“Pemberian ini juga kerana dalam Bajet 2022, kita anggarkan jumlah pendapatan diterima sekitar RM400 juta lebih, tapi kita berjaya capai RM523 juta, surplus sebanyak 31 juta, ini merupakan pendapatan yang cukup baik.

"Kerajaan negeri mengharapkan pemberian BKK ini akan meningkatkan lagi motivasi penjawat awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang," katanya.