apc

Seremban, 10 MAC 2023 (Korporat SUKNS) – Seramai 520 pegawai daripada 34 jabatan dan agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Muhamad Nahar Mohd Sidek, Ahli-ahli EXCO serta Ketua-ketua Jabatan Negeri.

Menteri Besar dalam ucapannya menyatakan Kerajaan Negeri Sembilan sedia memberi komitmen terhadap Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam pembangunan negeri itu. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, usaha tersebut selaras dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan pada semua peringkat seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG3) dan menjadikan penempatan manusia sebagai inklusif, selamat, berdaya tahan serta lestari (SDG11).

Tambahnya, agensi negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan pembinaan bangunan dan infrastruktur awam sesuai dengan keperluan golongan pesara dan warga emas.

"Sebanyak sembilan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) telah ditubuhkan di setiap daerah dengan keahlian seramai 1,076 warga emas. "PAWE dapat membantu menyelaras kegiatan harian warga emas," katanya ketika berucap pada Majlis Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2022

Kesemua penerima APC menerima hadiah bernilai RM1,000 dalam bentuk simpanan SSPN-I dan sijil penghargaan.