Pasar_Waghih_Kito
SEREMBAN:
‘Pasar Waghih Kito’ yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan pada 7 April yang lalu merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam membantu pihak pengeluar makanan serta pengguna. Pasar tersebut menawarkan harga 20 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran serta dijadual untuk berlangsung sebanyak dua kali sebulan di Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR), Paroi.

Menurut Menteri Besar, pasar ini mampu menjual barang lebih murah daripada harga pasaran kerana ia dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri tanpa melibatkan orang tengah, lantas mengurangkan harga dengan ketara. Katanya lagi, “Cili merah dijual RM5 lebih murah daripada di pasaran, begitu juga ikan s

Pasar_Waghih_Kito
SEREMBAN:
‘Pasar Waghih Kito’ yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan pada 7 April yang lalu merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam membantu pihak pengeluar makanan serta pengguna. Pasar tersebut menawarkan harga 20 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran serta dijadual untuk berlangsung sebanyak dua kali sebulan di Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR), Paroi.

Menurut Menteri Besar, pasar ini mampu menjual barang lebih murah daripada harga pasaran kerana ia dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri tanpa melibatkan orang tengah, lantas mengurangkan harga dengan ketara. Katanya lagi, “Cili merah dijual RM5 lebih murah daripada di pasaran, begitu juga ikan sungai begitu murah. Selain itu, ayam dijual di luar lebih RM9 sekilogram tetapi di sini RM5.60 sekilogram. Ayam pencen RM6 seekor, kalau di pasaran RM8”.

Hasil temubual bersama pengunjung mendapati mereka memberi maklum balas positif serta gembira dengan penganjuran pasar tersebut. Mereka juga berharap inisiatif sebegini diteruskan kerana ia mampu membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Seri Haji Mat Ali bin Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Haji Hasim bin Rusdi serta wakil daripada jabatan jabatan Kerajaan Negeri Sembilan.

ungai begitu murah. Selain itu, ayam dijual di luar lebih RM9 sekilogram tetapi di sini RM5.60 sekilogram. Ayam pencen RM6 seekor, kalau di pasaran RM8”.