Majlis_Santapan_Negeri
SENDAYAN:
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bukit Bertam di Bandar Sri Sendayan telah disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak sempena lawatan beliau ke Negeri Sembilan pada 26 Februari lalu.

Lebih 2,000 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, pelajar dan masyarakat berhampiran hadir pada majlis berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Seri Dr. Awaludin Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Seri Mat Ali Hassan, Presiden MIC Malaysia Datuk Seri Dr. S.Subramaniam.

Bersempena dengan perasmian sekolah berkenaan, SJK(T) Ladang Bukit Bertam kini dinamakan SJK(T) Bandar Sri Sendayan yang merupakan satu-satunya sekolah vernacular dengan disediakan kemudahan yang serba lengkap dan diluar jangkaan Masyarakat India.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1951. Pelajarnya pada tahun 2016 hanyalah seramai tujuh orang dan sejak berpindah ke Bandar Baru Sri Sendayan pada 3 Januari 2017 telah meningkat seramai 140 orang.