SEREMBAN, 26 Nov (Korporat SUKNS) – Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14 akan diadakan mulai 17 hingga 19 Disember ini.

Agenda utama Persidangan DUN pada kali ini melibatkan pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan 2019 yang dijadual pada 17 Disember 2018.