Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

OBJEKTIF

Merancang dan melaksanakan Pengurusan Sumber Manusia bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
untuk meningkatkan kecekapan dalaman :-

  1. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan bagi
    kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Menguruskan hal-hal bekaitan dengan perancangan tenaga
    manusia dan pembangunan organisasi.
  3. Merancang, melaksana dan mengurus pembangunan sumber manusia.
  4. Mengurus prestasi dan kawalan tatatertib jabatan-jabatan negeri.
  5. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan integriti dan kualiti.
  6. Meningkatkan pembangunan modal insan dan memperkukuhkan
    organisasi bagi memantapkan prestasi perkhidmatan awam di Negeri Sembilan.

FUNGSI

  1. Pengurusan Organisasi dan Sistem Maklumat
  2. Pengurusan Personel
  3. Pengurusan Psikologi
  4. Pengurusan Tatatertib
  5. Pengurusan Latihan
  6. Pengurusan Kenaikan Pangkat

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menguruskan pengisian jawatan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup
  2. Memproses permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dalam
    tempoh 7 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima.
  3. Pengeluaran keputusan urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dalam
    tempoh 4  bulan dari tarikh tutup iklan jawatan kenaikan pangkat.

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

OBJEKTIF

  1. Merancang dan melaksanakan dasar-dasar serta Inisiatif Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negeri Sembilan.
  2. Menjadi penghubung antara YAB Menteri Besar dengan rakyat jelata.
  3. Memastikan segala urusan rasmi berkaitan YAB Menteri Besar berjalan lancar

FUNGSI

  1. Menentukan setiap majlis rasmi dan temujanji YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.
  2. Mengurus dan menyediakan peruntukan jabatan agar dilaksanakan dengan teratur serta mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan.
  3. Memastikan sumbangan kemasyarakatan dapat disalurkan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat kelulusan

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap permohonan bantuan yang telah lengkap dan mendapat kelulusan akan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Bahagian Khidmat Pengurusan

OBJEKTIF

Mengawal dan menguruskan segala hal pentadbiran, kewangan, bangunan dan
aset Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan secara cekap, berkesan serta mengikut peraturan yang berkuatkuasa.


FUNGSI

UNIT PENTADBIRAN AM

Menyediakan khidmat sokongan dalam hal pentadbiran bagi
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan secara berkesan dan sistematik.


UNIT KEWANGAN

  1. Menyediakan peruntukan mengurus dan pembangunan yang
    menggambarkan pengurusan yang produktif dan berkualiti.
  2. Mengawal peruntukan di bawah kawalan YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
    mengikut syarat dan peraturan Kewangan Negeri.
  3. Mengurus dan menentukan segala pembelian, bayaran untuk perkhidmatan, bil-bil tuntutan,
    gaji dan lain-lain berkaitan dengan kewangan adalah mengikut
    peraturan-peraturan kewangan kerajaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

UNIT PENGURUSAN BANGUNAN DAN ASET

  1. Menyediakan dan memberi perkhidmatan kejuruteraan dari segi pengurusan bangunan bagi
    menjamin keselamatan, keselesaan dan persekitaran yang kondusif.
  2. Menyediakan perkhidmatan logistic bagi semua Majlis-Majlis Rasmi Pentadbiran Kerajaan Negeri.
  3. Memastikan Pengurusan Aset Alih, aset hidup dan pengurusan stor kerajaan dilaksanakan
    secara teratur, cekap dan berkesan.

Bahagian Dewan Undangan Negeri

OBJEKTIF

  1. Mengurus, mengatur dan menyediakan khidmat urus setia bagi
    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
  2. Mengurus, mengatur dan menyediakan khidmat urus setia bagi
    Persidangan Dewan Undangan Negeri.
  3. Menguruskan hal ehwal perkhidmatan dan saraan Ahli dan
    Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri.
  4. Menguruskan pelantikan dan pertukaran Pengerusi dan
    Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
  5. Memberi khidmat urus setia kepada Jawatankuasa dan tugasan yang berikut :
    1. Jawatankuasa – Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri;
    2. Jawatankuasa Lembaga Pengampunan Negeri;
    3. Pewartaan Undang – Undang, Peraturan – Peraturan dan Enakmen di bawah
      Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan;
    4. Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Negeri Sembilan;
    5. Persidangan Tahunan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri se-Malaysia; dan
    6. Persidangan YAB Menteri – Menteri Besar dan Ketua – Ketua Menteri se- Malaysia.

FUNGSI

  1. Urus Setia Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).
  2. Urus Setia Mesyuarat Pasca-MMK.
  3. Urus Setia Persidangan Dewan Undangan Negeri.
  4. Mengurus Hal Ehwal Perkhidmatan bagi :
    1. Ahli MMK / bekas Ahli MMK serta tanggungan;
    2. ADUN / bekas ADUN serta tanggungan; dan
    3. Setiausaha Politik / bekas Setiausaha Politik serta tanggungan.
  5. Mengurus tuntutan Ahli MMK, ADUN dan pemandu.
  6. Perisytiharan Warta – Warta Kerajaan dan Hari – Hari Kelepasan Am.
  7. Urus Setia Jawatankuasa menurut Peraturan XXVII, XXVIII, XXVIIIA, XXVIIIB, XXVIIIC
    Peraturan – Peraturan dan Perintah – Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Sembilan.
  8. Urus Setia bagi pelantikan dan pertukaran Pengerusi, Setiausaha dan Ahli JKKK.
  9. Mengurus dan menyediakan kertas bayaran pencen, ganjaran dan pencen terbitan
    kepada bekas Ahli MMK, ADUN dan Setiausaha Politik.
  10. Urus Setia Lembaga Jemaah Negeri.
  11. Urus Setia bagi Persidangan Parlimen Komanwel.
  12. Menguruskan Pelantikan YAB Menteri Besar dan Ahli MMK, ADUN dan Setiausaha Politik.
  13. Urus Setia bagi Persidangan Yang Dipertua Dewan se-Malaysia.
  14. Urus Setia memetri dan meminda urusan Sijil Kerakyatan.
  15. Pentadbiran Am.
  16. Perkhidmatan

Unit Pengurusan Majlis Rasmi Dan Protokol

OBJEKTIF

  1. Membantu kerja-kerja keurusetiaan dalam menguruskan perkara
    berkaitan protokol untuk majlis-majlis rasmi kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Menjadi rujukan kerajaan Negeri Sembilan mengenai perkara-perkara berkaitan
    pengurusan majlis-majlis rasmi dan susunan protokol.
  3. Menguruskan senarai susunan protokol, gambar poster VIP-VIP Negeri Sembilan,
    Buku Harian Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan dan sebarang perkara yang berkaitan dengan keperluan majlis rasmi VIP-VIP Negeri.

FUNGSI

  1. Menguruskan sambutan Hari Keputeraan D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
  2. Menguruskan pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan.
  3. Memberi kidmat nasihat dan rundingan dalam menguruskan sesuatu majlis rasmi kerajaan dan
    hal ehwal protokol peringkat Negeri Sembilan.
  4. Menguruskan jemputan untuk majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri
  5. Menguruskan Buku harian Rasmi Kerajaan Negeri
  6. Memasukkan gambar poster VIP-VIP Negeri

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

OBJEKTIF

  1. Memastikan projek ICT selaras dengan Pelan Strategik ICT (ISP) Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Memastikan pembangunan sistem, kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
  3. Memastikan kebolehsediaan (availability) infrastruktur ICT berada pada tahap tinggi.
  4. Memberikan khidmat bantuan dalam membangun dan mengurus sistem maklumat yang cekap dan berkualiti.
  5. Memastikan budaya ICT diterapkan ke dalam tadbir urus dan diamalkan oleh warga Kerajaan Negeri Sembilan.

FUNGSI

  1. Merancang dasar dan menyelaras pelaksanaan projek-projek ICT di jabatan dan
    agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Merancang, mengurus, membangun, melaksana, meningkat, mengawal selia dan
    menyenggara sistem aplikasi dan portal rasmi Kerajaan Negeri.
  3. Menyedia, menyenggara dan memantau infrastruktur rangkaian 1NSGOV*NET,
    melaksana audit keselamatan dan mengurus insiden keselamatan ICT.
  4. Merancang, membangun, memantau dan menilai
    pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik.
  5. Memberi khidmat sokongan teknikal dan khidmat kepakaran dalam
    semua bidang ICT kepada jabatan / agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
  6. Mewujudkan piawaian bagi menyeragamkan pembangunan,
    penyenggaraan dan peningkatan sistem.
  7. Menyediakan dokumentasi sistem ICT seperti Tatacara Pengendalian Sistem (SOP),
    Manual Pengguna dan dokumentasi yang berkaitan.
  8. Merancang program bagi meningkatkan keberkesanan
    perancangan ICT di peringkat negeri.
  9. Mengkaji dan memperkenalkan teknologi ICT terkini yang sesuai
    untuk memenuhi keperluan negeri.
  10. Merancang, menyelaras dan menguruskan pembudayaan dan
    program latihan ICT untuk warga Pentadbiran Kerajaan Negeri.
  11. Merancang, mentadbir, mengawal dan menyelaras semua aktiviti unit.

Majlis Sukan Negeri Sembilan

OBJEKTIF

  1. Untuk memajukan sukan dalam negeri dengan usaha dan perancangan
    mempertingkatkan prestasi atlet-atlet dari peringkat akar umbi bagi
    menyertai pertandingan-pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  2. Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih,
    pegawai teknikal dan pemimpin sukan tempatan.
  3. Membantu memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan
    sukan peringkat daerah dan negeri serta merancang besamanya perlaksanaan
    program pembangunan sukan di peringkat negeri dan daerah.
  4. Merancang dan menguruskan kemudahan sukan
    yang diletakkan dibawah tanggungan dan tanggungjawab Majlis.
  5. Menyelaras penyertaan dan persiapan kontinjen negeri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA)

FUNGSI

  1. Menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentabdiran Majlis Sukan Negeri;
  2. Membantu penubuhan Majlis Sukan Daerah dengan membantu
    mengadakan kemudahan sukan yang sesuai bagi memajukan sukan di peringkat akar umbi;
  3. Mencadangkan syor-syor kepada Kerajaan Negeri mengenai
    cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan serta pembangunan sukan akar umbi dan prestasi tinggi serta
    melaksanakan jika syor- syor tersebut diluluskan;
  4. Mengambil segala langkah yang difikirkan perlu bagi mencapai matlamat Majlis dalam misi sukan
  5. Menyelaras aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan oleh
    jabatan-jabatan/agensi kerajaan atau bukan kerajaan

Unit Perancang Ekonomi Negeri

OBJEKTIF

  1. Menjadi penggerak utama perancangan dan pembangunan ekonomi negeri.
  2. Menyelaras, mengesan dan menilai kemajuan projek-projek pembangunan.
  3. Menasihat kerajaan negeri mengenai isu-isu ekonomi, pelaburan dan penswastaan.
  4. Bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan
    pembangunan semua sektor dalam negeri.
  5. Menyediakan laporan ekonomi dan pembangunan negeri pada setiap tahun
    bagi memberikan maklumat perkembangan ekonomi dan pembangunan semasa negeri.
  6. Meneliti semua cadangan projek negeri dan
    membuat perakuan untuk kelulusan kerajaan negeri.
  7. Mengenalpasti projek atau isu yang memerlukan kajian kemungkinan
    atau kajian impak dan seterusnya kajian perlaksanaan tersebut.
  8. Menjadi urusetia kepada beberapa jawatankuasa bertindak dan lain-lain
    jawatankuasa 'ad-hoc' yang ditentukan dari masa ke semasa.

FUNGSI

  1. Menjadi Penggerak utama perancangan dan pembangunan ekonomi negeri.
  2. Memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan mengikut jadual dan
    menjurus kepada matlamat pembangunan Pihak Berkuasa Negeri.
  3. Memberikan pandangan/ulasan yang berwibawa bagi
    membantu Pihak Berkuasa Negeri membuat keputusan.
  4. Menerbit Laporan Ekonomi dan Pembangunan Negeri secara berkala bagi
    memberikan maklumat perkembangan ekonomi dan pembangunan semasa negeri.
  5. Menjadi urus setia yang bertanggungjawab kepada jawatankuasa bertindak dan
    lain-lain jawatankuasa ‘ad-hoc’ yang ditentukan dari semasa ke semasa.
  6. Menyampaikan pandangan dan pendirian Pihak Berkuasa negeri kepada
    Kerajaan Persekutuan, pelabur dan pihak swasta, NGO dan lain-lain yang bercadang menjalankan aktiviti pembangunan.
  7. Mempastikan perancangan projek-projek dan halatuju pembangunan selari dengan
    dasar peringkat persekutuan seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Tindakan Kerajaan,
    National Key Result Area (NKRA), State Key Result Area (SKRA), matlamat RMK10 dan lain-lain lagi.

Unit Kerjasama Awam Swasta

OBJEKTIF

  1. Sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan bagi program kerjasama awam swasta
    (Public Private Partnership) Negeri Sembilan; dan
  2. Memupuk dan memperkukuhkan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta ke arah
    penyampaian program PPP yang berkesan; dan

FUNGSI

  1. Pemudahcara bagi membantu dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pelaburan dalam
    pelbagai sektor daripada sektor swasta;
  2. Menilai dan memperakukan cadangan projek daripada sektor swasta kepada UKAS , JPM;
  3. Menilai cadangan pihak swasta / pelabur untuk bekerjasama dengan Kerajaan dalam pelbagai sektor;
  4. Mengenalpasti projek berdaya maju (viability), menilai impak projek kepada pembangunan Negeri dan
    mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaanya;
  5. Memantau pelaksanaan projek – projek usahasama awam swasta;
  6. Memperkasa mekanisma penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan secara pantas dan
    efisyen serta meningkatkan kecekapan dan produktiviti;
  7. Memberi khidmat nasihat secara berterusan kepada syarikat-syarikat sebagai pemudahcara;
  8. Meneliti dan memperakukan sokongan Kerajaan Negeri bagi projek-projek yang memohon
    dana UKAS JPM untuk dilaksanakan di Negeri Sembilan; dan
  9. Menjayakan program-program galakan pelaburan di Negeri Sembilan.

Unit Integriti

OBJEKTIF

  1. Unit Integriti (UI), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) telah ditubuhkan berdasarkan kepada arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP 6/2013) ‘Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam’ – kuat kuasa 1 Ogos 2013.
  2. Unit Integriti (UI) ditubuhkan adalah sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. UI juga merupakan sebuah unit yang ditempatkan di bawah seliaan Setiausaha Kerajaan, PSUKNS. UI diketuai oleh Ketua Unit dan beberapa pegawai dari kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan sokongan bagi melancarkan urusan. UI terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan, Tadbir Urus & Pematuhan dan Pengesanan, Pengesahan & Tatatertib. Bahagian-bahagian ini mempunyai fungsi dan peranan tersendiri dalam memastikan objektif UI tercapai dengan sebaiknya.

FUNGSI

Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan

Pengukuhan Integriti Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
Pengesanan dan Pengesahan
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab
Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

Tatatertib

Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib

Bahagian Perumahan

OBJEKTIF

  1. Menerima kutipan hasil rumah rakyat/rumah pangsa milik Kerajaan Negeri
  2. Menerima permohonan untuk memiliki Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) dan
    Rumah Harga Rendah Swasta di Negeri Sembilan
  3. Menerima permohonan pelepasan lot kuota bumiputra di Negeri Sembilan
  4. Menerima permohonan pengecualian pembinaan rumah harga rendah di Negeri Sembilan
  5. Mendaftarkan pemaju perumahan baru di Negeri Sembilan
  6. Mengurus penyelenggaraan Perumahan Awam Harga Rendah / Rumah Pangsa Kerajaan Negeri Sembilan
  7. Menerima permohonan pindah milik saudara kadim dan bukan saudara kadim bagi RAHR dan swasta

FUNGSI

Perancangan dan Pembangunan

  1. Merancang dan melaksanakan Program RAHR
  2. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Program RAHR / Rumah Pangsa
  3. Melaksanakan pelaksanaan kuota bumiputera
  4. Penyelarasan projek-projek perumahan swawsta terbengkalai
  5. Pemantauan projek swasta berdasarkan Pekeliling PTG.NS 1/1996
  6. Menerima dan memproses pemilihan peserta Program RAHR
  7. Menguruskan Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) RAHR dan Swasta
  8. Menyediakan senarai projek dan pemaju
  9. Memberi maklumat kepada orang awam/permohonan RAHR di Negeri Sembilan

Pentadbiran & Operasi

  1. Menguruskan pentadbiran dan pengurusan Program RAHR
  2. Tindakan penguatkuasaan Program RAHR
  3. Penyelarasan pengeluaran Suratan Hakmilik peserta Program RAHR
  4. Mengurus pentadbiran am bahagian dan perkhidmatan kakitangan
  5. Mengurus hal ehwal kewangan bahagian
  6. Penyelenggaraan fail-fail bahagian
  7. Menerima kutipan hasil Rumah Rakyat
  8. Menyelaras dan memeriksa tunggakan hasil Program RAHR
  9. Penyelaras kutipan hasil dari Majlis Perbandaran/Daerah
  10. Menjawab pertanyaan dan membuat semakan bayaran

Penguatkuasaan

  1. Memantau pematuhan syarat-syarat perjanjian Rumah Rakyat
  2. Melaksanakan Operasi Penyitaan dan penarikan balik rumah yang telah diagihkan/kepada peserta

Bahagian Kerajaan Tempatan

OBJEKTIF

  1. Menyelaras dasar-dasar berhubung dengan Kerajaan Tempatan untuk dilaksanakan oleh
    semua Pihak Berkuasa Tempatan.
  2. Menyelaraskan/mengemaskini peraturan/undang-undang kecil yang setuju terimapakai untuk
    dilaksanakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan.
  3. Membantu semua Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha untuk mempertingkatkan hasil,
    pembangunan dan perkhidmatan kepada orang ramai.
  4. Membantu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya dasar-dasar / program / projek yang
    telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
  5. Memastikan maklumat / data berhubung Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan sentiasa dikemaskini.

FUNGSI

  1. Bertindak sebagai perantara di antara Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri atau Persekutuan.
  2. Bertindak menyelaraskan perkara yang berkaitan untuk dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan

OBJEKTIF

  1. Mengawalselia aktiviti dan undang-undang berkaitan kawasan tadahan air, empangan, perairan pantai,
    pengambilan air mentah serta pelencongan sungai agar
    sumber air mentah sentiasa dalam keadaan yang terpelihara dan mapan
  2. Mengurus pengeluaran lesen dan mengenakan caj penggunaan air mentah
  3. Menguatkuasa undang-undang dan pendakwaan kepada pelanggaran undang-undang
    yang termaktub dalam Akta Air 1920 [ Akta 418 ].

FUNGSI

BADAN KAWAL SELIA AIR ADALAH SEBUAH ORGANISASI YANG EFISEN DALAM
MENGURUS SUMBER AIR MENTAH DI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
BKSA TERBAHAGI KEPADA TIGA (3) FUNGSI UTAMA:-

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

  1. Menyelaras dan mengawalselia pemberian lesen abstraksi sumber air bagi air permukaan dan air bumi.
  2. Memastikan kecukupan sumber air mentah
  3. Mengenalpasti dan membuat kajian bagi sumber air alternatif di Negeri Sembilan
  4. Menyelaras segala hal berkaitan kawasan tadahan air
  5. Menganalisa dan memantau Paras Air Empangan di Negeri Sembilan
  6. Memantau perkhidmatan bekalan air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan.
  7. Mewujudkan pangkalan data bagi tujuan pengumpulan maklumat pemegang lesen abstraksi
    sumber air serta rujukan kepada permohonan pengeluaran pasir sungai dan darat

BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN

  1. Menyelaras polisi dan peraturan yang terpakai berkaitan sumber air mentah.
  2. Menguruskan hal-hal pindaan, penggubalan yang berkaitan dengan perundangan di bawah akta Air 1920.
  3. Menguatkuasa pematuhan peraturan, syarat dan undang-undang berkaitan kawasan tadahan air,
    sungai, empangan, perairan pantai dan pengambilan sumber air mentah yang berkaitan dengan
    perundangan di bawah Enakmen Air (Pindaan Akta Air 1920) 2007
  4. Mengeluarkan notis dan membuat tindakan undang-undang ke atas premis @ individu dan
    syarikat yang melakukan kesalahan
    di bawah Enakmen Air (Pindaan Akta Air 1920) 2007
  5. Menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air mentah.
  6. Memantau dan menguruskan aduan.

BAHAGIAN PENDAFTARAN DAN HASIL

  1. Mengurus pengeluaran bil berkaitan penggunaan air mentah.
  2. Mengutip hasil dan deposit daripada pengguna-pengguna air mentah.
  3. Membantu dalam perolehan kerja penyelenggaraan.

Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan

OBJEKTIF

  1. Menggerakkan pembangunan pelancongan menerusi produk, promosi, pakej dan
    acara/aktiviti pelancongan secara menyeluruh dan komprehensif.
  2. Mewujudkan produk-produk pelancongan yang menarik di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
    secara bersepadu di seluruh Negeri Sembilan merangkumi produk-produk yang dibangunkan
    oleh agensi Kerajaan dan Swasta.
  3. Memperkenalkan produk-produk pelancongan sedia ada dan baru di peringkat
    Kebangsaan dan Antarabangsa dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan dan Swasta.
  4. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pelancongan Negeri Sembilan.

FUNGSI

  1. Bertindak sebagai peneraju kepada agensi-agensi Kerajaan dan Swasta
    yang mempunyai kaitan langsung mahupun tidak langsung dengan sektor pelancongan negeri.
  2. Mewujud dan mengemaskini inventori mengenai produk pelancongan
    untuk rujukan,promosi dan pemantauan.
  3. Mengenalpasti, menilai dan membangun produk-produk baru,menambah
    baik produk sedia ada.
  4. Mempromosikan dan memasarkan produk-produk,pakej pelancongan
    termasuk acara di dalam negeri dan luar Negara.
  5. Menyelaras pelaksanaan program dan acara pelancongan di peringkat
    Negeri termasuk penganjuran oleh pihak swasta dan NGO’s.
  6. Menyediakan bank data kemasukan pelancong untuk tujuan
    perancangan, rekod dan rujukan.
  7. Menyediakan bajet pembangunan dan memantau pelaksanaan
    projek-projek pembangunan pelancongan di Negeri Sembilan.
  8. Melaporkan statistik jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Sembilan.

Unit Audit Dalam

OBJEKTIF

  1. Membantu pengurusan atasan mempertingkatkan tahap pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan
  2. Membantu pihak pengurusan atasan bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dan diuruskan secara ekonomi, cekap dan berkesan.
  3. Menyediakan laporan yang benar dan saksama di samping mengemukakan syor-syor penambahbaikan ke arah memantapkan akauntabiliti dan tadbir urus pentadbiran awam.
  4. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada semua Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.

FUNGSI

  1. Membantu pihak pengurusan dalam mencapai objektifnya dengan memastikan pengurusan kewangan dilaksanakandengan teratur di semua peringkat.
  2. Menentukan operasi kewangan semua Jabatan/Agensi Negeri diuruskan dengan teratur selaras dengan dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
  3. Menilai ketepatan, kesempurnaan dan kebolehpercayaan semua rekod, sistem perakaunan, maklumat pengurusan dan sistem kawalan dalaman yang wujud
  4. Memastikan semua program dan aktiviti dilaksanakan dengan ekonomi, cekap dan berkesan dalam mencapai matlamatnya.
  5. Memastikan semua aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
  6. Memberi khidmat nasihat dan pandangan kepada Jabatan/Agensi mengenai pengurusan kewangan.

Unit Korporat, Inovasi Dan Kualiti

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan imej dan persepsi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Melaksanakan usaha-usaha bagi memantap dan memperkasa
    pengurusan pelanggan Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  3. Menyelaras dan merancang program bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
  4. Melaksanakan program-program inovasi dan kualiti mengikut perancangan bagi meningkatkan
    kualiti pengurusan Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

FUNGSI

  1. Menyelaraskan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  2. Menyelaras dan memantau pengursan pelanggan dan pencapaian Piagam
    pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  3. Menyelaras dan menguruskan maklum balas minit mesyuarat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  4. Menyelaras pelaksanaan Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri dan
    Majlis Perhimpunan bersama YB Setiausaha Kerajaan.
  5. Menyelaras program-program lawatan kerja agensi kerajaan atau badan-badan luar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  6. Menyelaras dan menerbitkan Laporan Tahunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  7. Menyelaras tugas-tugas khas YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  8. Menyelaras sidang akhbar dengan pihak media.
  9. Menyelaras urusan publisiti dan promosi program rasmi Kerajaan Negeri.
  10. Menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Sembilan.
  11. Menganjurkan Sambutan Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan.
  12. Menyelaras dan melaksanakan progam-program inovasi dan kualiti di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
  13. Menyelaras pelaksanaan dan pemantauan MS ISO 9001:2008
  14. Menyelaras pelaksanaan Penilaian Penarafan Bintang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan

OBJEKTIF

  1. Untuk menyelesaikan aduan dengan cekap, adil dan berkesan berdasarkan piagam pelanggan Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan.
  2. Untuk meningkatkan kadar penyelesaian aduan yang diterima daripada orang awam.
  3. Untuk menyedia dan meningkatkan kemudahan membuat aduan kepada orang awam.
  4. Untuk mengurangkan aduan yang berulang-ulang terhadap perkhidmatan awam.
  5. Untuk memperkenalkan pembaharuan dan inovasi berasaskan aduan awam.
  6. Untuk memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan.
  7. Untuk mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam.

FUNGSI

  1. Menerima pengaduan-pengaduan orang awam mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran Kerajaan Negeri yang dirasai tidak adil, tidak
    mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada, termasuk salahlaku,penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.
  2. Bertindak sebagai urusetia aduan melibatkan 32 jabatan/agensi Kerajaan Negeri dan memantau penerimaan dan penyelesaian aduan secara konsisten dengan menggunakan sistem SISPAA.