1. TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS)

  2. PENGENALAN
    TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini. Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2022 yang bertemakan 'Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat', Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun keempat pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3.00 juta

    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Warganegara Malaysia & anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
    2. Pendaftran perniagaan di SSM sebelum 1 Oktober 2022;
    3. Penjaja atau perniaga kecil yang mencatatkan jualan kurang daripada RM100,000.00 setahun;
    4. Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan;
    5. Tidak berstatus Muflis;
    6. Tidak pernah menerima TUNS

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik 


  3. TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN PLUS (TUNS PLUS)

  4. PENGENALAN
    TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini. Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2022 yang bertemakan 'Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat', Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun keempat pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3.00 juta

    SYARAT PERMOHONAN
    1. Warganegara Malaysia & anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
    2. Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 April 2022;
    3. Berstatus Mikro yang mencatatkan jualan kurang daripada RM300,000 setahun;
    4. Berumur di antara 21 hingga 55 tahun;
    5. Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan;
    6. Beroperasi di premis/ tapak perniaagaan mempunyai lesen/ permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
    7. Akaun perniagaan yang sah dan aktif sekurang-kurangnya 6 bulan;
    8. Tidak berstatus muflis;
    9. Tidak pernah menerima TUNS Plus

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik


  5. TUNS Extra

  6. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Bantuan Pembiayaan dalam bentuk "Matching Grant" berjumlah sehingga RM30,000 yang disasarkan kepada Semua Usahawan di Negeri Sembilan

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik Permohonan belum dibuka


  7. Insentif Pembangunan Tanah Terbiar

  8. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Warganengara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
    2. Mempunyai keluaasan tanah minimum 1 hektar atau 3000 polibeg (fertigasi);
    3. Pemilikan tanag sendiri atau sewa;
    4. Telah melaksanakan projek pertanian

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik Borang dalam talian dan kaunter Pejabat Pertanian Daerah


  9. Sejahtera Tani

  10. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Warganegara Malaysia yang berumur di bawah 40 tahun;
    2. Anak Negeri Sembilan atau menetap di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 10 tahun;
    3. Mempunyai kemudahan tanah (sendiri/sewa);
    4. Melaksanakan projek sayuran, buah-buahan atau indurstri berpotensi;
    5. Keluasan tanah sekurang-kurangnya 0.4 hektar bagi konvensioanl, 1500 polibeg bagi fertigasi, 3000 bongkah cendawan atau 20 haif lebah/kelulut dan telah memulakan projek pertanian;
    6. Skop pembiayaan meliputi kerja-kerja pembangunan infrastruktur ladang seperti perparitan, sistem pengairan, jalan ladang dan bahan input pertanian; Terhad kepada 50 belia terawal sahaja

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik Borang dalam talian dan kaunter Pejabat Pertanian Daerah


  11. Tabung Agro

  12. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Sdn, Bhd, Pemilik tunggal, Perkongsian/ Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) dari semua sektor dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh warganegara Malaysia;
    2. Aktiviti perniagaan adalah di dalam sektor pertanian dan industri makanan;
    3. Aktiviti perniagaan adalah patuh syariah;
    4. Tidak muflis atau di bawah mana-mana proses penghakiman;
    5. Usahawan/ perniagaan mestilah berdaftar di bawah kerajaan Negeri Sembilan

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik


  13. BIASISWA ANAK NEGERI

  14. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Khas untuk pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 yang bersekolah di Negeri Sembilan
    2. Pelajar dari golongan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 dan ke bawah
    3. Pemohon tidak boleh menerima sebarang biasiswa atau bantuan lain daripada agensi kerajaan atau bukan kerajaan
    4. Setiap pelajar akan menerima sumbangan RM600 sekali setahun melalui Pusat Khidmat DUN
    5. Pelajar mesti dari kalangan keluarga E-Kasih

    CARA PERMOHONAN : Permohonan melalui sekolah


  15. BANTUAN IMPLAN ORTOPEDIK

  16. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Pesakit adalah rakyat Negeri Sembilan
    2. Pesakit mestilah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
    3. Pesakit adalah golongan miskin berpendapatan kurang dari RM4,000 sebulan
    4. Permohonan hanya diterima daripada 3 hospital ( HTJ / Hospital Najihah Kuala PIlah / Hospital Port Dickson.
    5. CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik / Permohonan melalui hospital


  17. TABUNG PERUBATAN HAEMODIALYSIS

  18. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Pesakit adalah rakyat Negeri Sembilan
    2. Pesakit mestilah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
    3. Pesakit adalah golongan miskin berpendapatan kurang dari RM4,000 sebulan
    4. Permohonan hanya diterima daripada hospital kerajaan sahaja


    CARA PERMOHONAN : Pemohon akan dikenalpasti oleh pihak hospital sebagai berkelayakan untuk memohon


  19. RUMAH HARAPAN RAKYAT

  20. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    1. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
    2. Bujang dan berkahwin (keutamaan kepada yang telah berkahwin)
    3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
    4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
    5. Memiliki tanah sendiri (HAK MILIK/PERKONGSIAN) sahaja. Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
    6. Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
    7. Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan.
    8. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
    9. Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh.

    CARA PERMOHONAN Borang dalam talianklik


  21. BANTUAN IBU TUNGGAL C4U

  22. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    Ibu tunggal yang layak dipertimbangkan harus memiliki kriteria berikut:
    1. Wanita yang bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau
    2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau
    3. Wanita ibu tunggal yang tiada anak & bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap.
    4. Berdaftar dengan eKasih; atau
    5. Diperaku untuk layak menerima bantuan oleh Mesyuarat Focus Group Daerah dan seterusnya perlu didaftarkan di dalam eKasih.

    CARA PERMOHONAN : Borang dalam talianklik / Kaunter Pejabat Daerah