UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI | |
1. | Menyemak dan menilai cadangan projek pembangunan oleh pihak swasta dan membuat perakuan kepada pihak berkuasa negeri dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh laporan/ulasan lengkap dikemukakan oleh agensi berkaitan. |
UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA | |
1. | Memaklumkan keputusan terhadap permohonan cadangan projek Private Public Partnership (PPP) yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari bekerja tertakluk kepada perakuan Pihak Berkuasa Negeri |
UNIT PERUMAHAN | |
1. | Menyelesaikan setiap urusan semakan dan terimaan hasil di Kaunter Hasil dalam tempoh sepuluh (10) minit. |
UNIT KERAJAAN TEMPATAN | |
1 | Memproses tuntutan bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. |
BADAN KAWAL SELIA AIR | |
1. | Mendahulukan pelanggan dan komited menguruskan pengeluaran Lesen Abstraksi Air Mentah dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja. |
LEMBAGA PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN | |
1. | Mengemaskini maklumat pelancongan Negeri Sembilan di laman sosial LPNS setiap hari bekerja. |
UNIT DEWAN UNDANGAN NEGERI | |
1. | Menyampaikan keputusan kepada pemohon / agensi kerajaan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri disahkan. |
MAJLIS SUKAN NEGERI | |
1. | Memastikan bantuan pengelolaan sukan, penyertaan pertandingan, perolehan peralatan sukan dan penganjuran program-program sukan oleh Persatuan Sukan Negeri diberi tidak lewat empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima. |
UNIT PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT | |
1. | Memastikan tempoh downtime rangkaian khususnya perkhidmatan internet tidak melebihi 24 jam. |
PEJABAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN | |
1. | Setiap permohonan bantuan yang telah lengkap dan mendapat kelulusan akan diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. |
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA | |
1. | Memproses dan menguruskan urusan pengambilan jawatan kontrak dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh ditutup. |
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN | |
1. | Menguruskan permohonan tempahan, perkhidmatan sokongan dan logistik dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut : |
a. | Mengemukakan keputusan permohonan kenderaan oleh warga PSUKNS melalui Sistem Tempahan Kenderaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja. |
b. | Menguruskan tempahan Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan, Port Dickson dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan. |
c. | Menguruskan permohonan penyewaan lobi kafeteria Wisma Negeri dalam tempoh satu (1) hari bekerja daripada tarikh permohonan. |
2. | Menyelesaikan semua tuntutan bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. |
UNIT PENGURUSAN MAJLIS RASMI DAN PROTOKOL | |
1. | Mengemaskini Senarai Protokol dalam masa satu (1) hari selepas menerima notis perubahan daripada pihak berkenaan. |
UNIT KORPORAT, INOVASI DAN KUALITI | |
1. | Menjalankan kajian kepuasan pelanggan dua (2) kali setahun. |
UNIT AUDIT DALAM | |
1. | Laporan pengauditan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. |
UNIT PENGADUAN AWAM | |
1. | Mengurus dan mendapatkan maklum balas jabatan / agensi awam berkenaan aduan orang ramai dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja. |
UNIT INTEGRITI | |
1. | Menyelesaikan kes-kes tatatertib biasa penjawat awam dalam tempoh lima (5) bulan daripada laporan lengkap diterima. |
UNIT PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN INSTITUSI AKAR UMBI | |
1. | Memaklumkan pindaan jawatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Kselamatan Kampung (JKKK) yang telah lulus dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. |