Ahli-EXCO-Kerajaan-NS-Isytihar-Harta
SEREMBAN (8 September):
Seramai 66 orang peguam syarie diraikan di dalam Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Sembilan 2018 yang diadakan di Klana Resort di sini.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Yang Berbahagia Dato’ Dr Sheikh Abd Aziz Bin Sheikh Abdul Kadir.

Kesemua mereka adalah lantikan baru yang berjaya di dalam temuduga untuk beramal di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan.

Di samping menyampaian sijil pentauliahan, majlis pada hari itu turut memberi penerangan terhadap peranan dan tanggungjawab bakal-bakal Peguam Syarie di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan.

Turut hadir Yang Berhormat Mufti Kerajaan Negeri, Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohd. Yusof Bin Haji Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri, Yang Amat Arif Tuan Abas Bin Nordin, Yang Arif Hakim-Hakim Rayuan Syariah, Ketua Polis Negeri, Yang Berbahagia DCP Dato’ Noor Azam bin Jamaludin dan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Yang Berbahagia Dato’ Haji Hanif bin Hassan.