SEREMBAN (13 Julai):
Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang diadakan pada hari terakhir Syawal disambut dalam suasana penuh kekeluargaan di kalangan penjawat awam yang berkhidmat di bangunan Wisma Negeri.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin Harun, Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Tuan Zulkefly Mohd Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Dr Razali Ab. Malek, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ketua-Ketua Jabatan di peringkat negeri dan persekutuan serta rakan-rakan korporat.

Sepanjang berlangsung majlis, Menteri Besar dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, mengadakan lawatan ke gerai-gerai jabatan dan agensi kerajaan yang mempamerkan pelbagai juadah istimewa sempena hari raya.

Kehebatan sambutan itu turut menyaksikan kreativiti setiap penjawat awam yang mewakili Sembilan jabatan apabila gerai masing-masing dihiasi dengan kepelbagaian konsep yang begitu menceriakan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Menteri Besar bagi pertandingan gerai tercantik yang di menangi tempat pertama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kedua Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ke tiga Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Sumber berita oleh : Juriyati binti Mat Jalil.