SEREMBAN (6 Julai):
Menteri Besar Negeri Sembilan Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin Harun mendahului senarai empat penerima Anugerah Pangkat (Kehormat), pengiktirafan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berlangsung di Klana Resort Seremban.

Beliau dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) yang disempurnakan pemakaiannya oleh Ketua Pengarah JBPM, Yang Berbahagia Tuan Mohammad Hamdan Wahid).

Tiga lagi penerima anugerah ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Tuan Zulkefly Mohamad Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berhormat Tuan Dr. Razali Ab Malik dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Yang Berhormat Tuan Teo Kok Seong, masing-masing menerima penganugerahan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Pemakaian pangkat ini dianugerahkan sebagai penghargaan JBPM kepada kepimpinan kerajaan negeri yang banyak memberi bantuan dan sumbangan tanpa mengira waktu kepada jabatan itu.

Peranan ketua kerajaan di peringkat negeri ini amat besar, khususnya di dalam pengembangan mengenai aspek kebombaan dan keselamatan kebakaran di peringkat negeri berkenaan.

Sumber berita : Juriyati binti Mat Jalil.