SEREMBAN (10 Julai): Menteri Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Rina Mohd Harun mengadakan Kunjungan Hormat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin Harun di Wisma Negeri. Kunjungan yang pertama kali diadakan itu adalah sempena lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan bagi meninjau Projek Bekalan Air Luar Bandar di perkampungan orang asli Ulu Mampas (Kuala Pilah), Program Desa Lestari di Kampung Lonek, (Jempol) dan Kampung Jimah Lama (Port Dickson) dan Program Usahawan Desa RISDA di Kampung Sungai Mahang (Nilai). Turut serta dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Dr. Razali Ab Malek dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Tuan Haji Ismail Ahmad. Mengiringi kunjungan dan lawatan kerja sehari Menteri Pembangunan Luar Bandar ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Dato’ Azizan Mohd Sidin, Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, Encik Afandi Nordin, Timbalan Setiausaha Bahagian Prasarana, Encik Rezal Zaidi dan Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan dan Melaka, Encik Khairul Nizar Khalid. Sumber berita oleh : Juriyati binti Mat Jalil.