NS_berselawat
SEREMBAN:
Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berangkat mencemar duli menyertai Majlis Negeri Sembilan Berselawat yang diadakan di padang Kompleks Belia dan Sukan, Paroi pada 12 Januari lalu.

Lebih 7,000 umat Islam hadir dan sama-sama meneyertai selamat yang dimulakan dengan zikir Asmaul Husna dan bacaan doa.

Turut hadiri Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz. Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan isteri, Raja Dato’ Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Seri Mat Ali Hassan dan isteri Datin Seri Paezah Ismail, Mufti negeri, Dato’ Mohd. Yusof Ahmad dan Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan.

Majlis berselawat yang diadakan ini, menampilkan tokoh qasidah terkenal Indonesia, Habib Syech As Segaf selain kehadiran tokoh ulama, Syeikh Abd. Razak Al Masri.