Sidang DUN Negeri Sembilan Tangguh
Seremban, 13 Mac 2020 - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung 30 Mac ini ditangguhkan, kata Speaker DUN Dato’ Zulkefly Mohamad Omar.

Beliau berkata penangguhan itu dibuat bagi menilai semula Bajet 2020 negeri yang telah diluluskan hujung tahun lepas susulan perkembangan politik negara yang bertukar pentadbirannya kepada Perikatan Nasional.