44 WARGA SUKNS TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019
Seremban, 24 Julai 2020 (UKIK) - YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 bagi Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bertempat di Ruang Dato’ Dagang Paroi, Majlis Bandararaya Seremban.

Turut hadir ke majlis ini adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Razali Ab Malik, Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah dilaksanakan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1993 dan diubahsuai menerusi PKPA Bil.2 Tahun 2002 berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Anugerah ini juga merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai.

Seramai 44 warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2019.

Berikut ialah senarai penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019:

Senarai Penerima APC SUKNS 2019