KORBAN AIDILADHA: PENGANJUR PERLU BUAT PERMOHONAN MELALUI SISTEM E-QURB@NS
Seremban, 10 Julai 2020 (UKIK) -- Laluan Tampin-Kuala Pilah (FT009) yang ditutup kepada semua kenderaan susulan struktur jambatan didapati tidak selamat pada Khamis lalu, dijangka dibuka semula Jumaat ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun, yang mengadakan lawatan di lokasi berkenaan, berkata sebagai langkah kecemasan, jambatan bailey (b????? b?????) telah dipasang dan telahpun siap.

Laluan berkenaan akan dibuka semula Jumaat ini setelah kerja-kerja berkaitan seperti pembinaan jalan menuju ke jambatan, turapan dan ujian selesai dijalankan. Mengikut data cerapan lalu lintas di stesen banci NR 203 pada 2019, laluan berkenaan mempunyai jumlah trafik iaitu sebanyak 5,036 kenderaan/16 jam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Razali Ab Malik dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong. Dalam pada itu, kerajaan negeri, katanya, berharap agar kerajaan Persekutuan menyegerakan penggantian jambatan itu demi kesejahteraan rakyat.