Seremban, 23 Mei 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan dan seluruh rakyat Negeri Sembilan merafak sembah ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat kepada Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun, kemangkatan Almarhum adalah kehilangan yang amat besar bukan hanya kepada negeri Pahang tetapi seluruh rakyat Malaysia kerana kita semua sudah kehilangan seorang Raja yang berjiwa rakyat.

Almarhum banyak berjasa dalam memainkan peranan besar dalam pelbagai lembaran sejarah negara sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai Sultan Pahang dan selaku Yang di-Pertuan Agong ketujuh.

Kerajan Negeri Sembilan dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mendoakan semoga Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para aulia, syuhada dan orang-orang beriman dan dikasihi-Nya.

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun dan disemadikan di Makam Diraja Pekan, Pahang.