Seremban, 15 Mei 2019 (Korporat SUKNS) - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentabdiran kerajaan negeri.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun, bantuan itu meliputi 3,481 penjawat awam dengan peruntukkan sebanyak RM5.3 juta.

Sebelum ini, ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2019 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang ke-14 pada 17 Dis tahun lalu, Dato’ Seri Aminuddin Harun telah mengumumkan BKK sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Bantuan khas berkenaan dibayar dalam dua peringkat iaitu separuh gaji atau RM1,000 pada minggu pertama bulan Januari tahun ini dan baki separuh gaji atau RM1,000 lagi akan dibayar sebelum sambutan Aidilfitri.