ENAM AJARAN DIWARTAKAN HARAM DI N.SEMBILAN
Seremban, 20 November 2020 (UKIK) -- Sebanyak enam ajaran di Negeri Sembilan difatwakan haram kerana bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata keputusan itu dibuat susulan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS).
 

Ajaran yang diharamkan itu ialah Golongan Anti Hadis, Ajaran Tapediri 65 atau Ba Tha Mim 114, Ajaran dan Fahaman Hizbut Tahrir, upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin. Turut diharamkan, ajaran Zikir Alunan Zat Cinta / Hikmah Al-Fatihah daripada Mohd Zaman Mohd Nor dan ajaran Millah Abraham@ Ibrahim.

Kerajaan Negeri akan sentiasa bekerjasama dengan JMNS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk memantau dan membantu masyarakat kembali ke pangkal jalan selain menasihati orang awam supaya tidak terlibat dengan mana-mana ajaran sesat.