BANJIR: KERAJAAN N.SEMBILAN SUMBANG RM500 KEPADA 1,000 ISI RUMAH TERJEJAS
Seremban, 7 November 2020 (UKIK) -- 
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini menyalurkan bantuan kewangan RM500 kepada 1,000 isi rumah yang terjejas oleh kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Seremban, Port Dickson dan Rembau semalam.

Dalam sidang media di sini, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata sumbangan diserahkan kepada ahli Dewan Undangan Negeri  kawasan Ampangan, Rahang, Mambau dan penyelaras DUN Rantau, Kota dan Linggi untuk disampaikan kepada semua mangsa yang terlibat secepat mungkin. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut serta membantu mangsa banjir.

Kerajaan Negeri amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan mendoakan agar mangsa banjir sabar dan tabah.