Seremban, 19 Julai 2024 (Korporat SUKNS) – Negeri Sembilan Festival (NS FEST) 2024 yang akan berlangsung pada 27 Julai hingga 3 Ogos di Dataran Nilai. Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan seramai 700,000 pengunjung ke Negeri Sembilan Festival (NS FEST) 2024 tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, tempoh penganjuran program kali ini dipanjangkan kepada lapan hari berbanding sebelumnya, empat hari.
"Jadi, kita harap usahawan dan peniaga berpuas hati. Paling penting adalah pengunjung berpuas hati apa yang kita sajikan kepada mereka.
"Jadi tanggungjawab NS Fest adalah memastikan kepuasan kehadiran pengunjung di samping Jualan Rahmah yang akan kita adakan daripada semasa ke semasa dan tidaklupa juga cabutan bertuah", katanya demikian selepas menyempurnakan Majlis Prapelancaran NS Fest 2024 di Majlis Bandaraya Seremban.
Sementara itu, projek jualan tempatan seperti buah durian, buah-buahan tempatan lain, baka ternakan, demo pertandingan masakan berindentitikan Negeri Sembilan seperti gulai kuning, pameran budaya warisan seperti Adat Perpatih. Lebih panjang untuk memberikan peluang kepada pengunjung bersesuaian dengan keperluan semua.
"Kita juga akan melancarkan sambutan Hari Petani, Penternak dan Nelayan serta dalam masa yang sama kita juga adakan Pelancaran Beras Negeri Sembilan", katanya.
Sebanyak 250 reruai disediakan merangkumi reruai usahawan dan pameran dari kluster Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan, Jabatan, Agensi Negeri dan Persekutuan dan NS Food Festival. Turut memeriahkan program adalah Perpatih Fest dan pameran Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Majlis Prapelancaran NS Fest 2024 turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Dato’ Mohd Zafir Ibrahim, barisan EXCO Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan Negeri.