Pelaburan9Bilion

 

Seremban, 13 JANUARI 2023 (Korporat SUKNS) - Negeri Sembilan berjaya mencacatkan jumlah pelaburan mencecah RM9 bilion pada tahun lalu iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah pentadbiran negeri ini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ini termasuk pelaburan berjumlah RM6 bilion daripada syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. (SDIEM) yang kini sedang membina sebuah kilang membuat sel bateri kenderaan elektrik (EV) Fasa ke-2 di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, Senawang di Seremban. Menurut beliau, antara pelaburan besar yang telah pun dimulakan kerja-kerja pembinaan fasiliti adalah Dutch Lady Milk Industries (DLMI) Berhad dengan pelaburan bernilai RM450 juta di atas tanah seluas lebih 13 hektar di Bandar Baru Enstek.

Menurut beliau lagi Dutch Lady akan memindahkan sepenuhnya operasi mereka dari Petaling Jaya ke Bandar Enstek pada suku ketiga tahun ini dan bakal mewujudkan 400 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Terdapat dua lagi pelaburan baharu bakal dibuka di Bandar Enstek iaitu Mahsuri Food (M) Sdn. Bhd. dan Macfood Services (M) Sdn. Bhd. masing-masing pada akhir tahun 2023. Manakala, Ajinomoto Malaysia Bhd. baru sahaja membuka kilang setelah selesai majlis perasmiannya pada 10 Disember 2022. Kesemua projek ini bakal menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di sana.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Penghargaan Pelabur anjuran Invest Negeri Sembilan (NS) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTK) di sini hari ini.


Sementara itu, tambah Aminuddin, beliau amat bersyukur apabila pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan telah mula menunjukkan perkembangan yang positif selepas tempoh pandemik COVID-19.  

“Projek ini mengambil masa kira-kira 16 minggu dan telah siap sepenuhnya pada awal Disember 2022,” jelasnya. Sementara itu, pada majlis berkenaan, Menteri Besar turut menyerahkan tiga buah bot penyelamat sumbangan kerajaan negeri kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan bagi mengukuhkan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana.