MBN9_mula_tugas
WISMA NEGERI:
Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin Harun, memulakan tugas pada hari pertamanya di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri, pada jam 2.40 petang tadi. Ketibaan beliau disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mat Ali bin Hasan dan disambut kira-kira 200 kakitangan.

Sejurus tiba, majlis bacaan doa telah diadakan bagi menyambut YAB Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu. Sebaik tiba di pejabatnya di tingkat lima, beliau secara simbolik mengetik kad perakam masa untuk mengesahkan kedatangannya.

Sejurus itu, YAB Tuan Haji Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar ke-11, diberi penerangan oleh Dato’ Seri Mat Ali bin Hasan mengenai pentadbiran kerajaan negeri. Penerangan itu dibuat secara tertutup dan dihadiri beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).