Majlis_Santapan_Negeri
PORT DICKSON:
Lebih 15,000 rakyat hadir dalam majlis Jamuan Makan Tengahari Pemimpin Bersama Rakyat sempena lawatan kerja Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak ke Negeri Sembilan yang diadakan di Dataran Kompleks Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Seri Dr. Awaludin Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Seri Mat Ali bin Hassan serta barisan kepimpinan kerajaan negeri dan NGO.