GEROBOK REZEKI UNTUK PENJAWAT AWAM DILANCARKAN
Seremban, 13 Januari 2021 (Korporat SUKNS) 
— 
Pejabat Setiausaha Kerajaan Ne­geri Sembilan buat julung kali me­nyediakan sudut bantuan makanan Gerobok Reze­ki, khas untuk penjawat awam yang bekerja di Wisma Negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Gerobok Rezeki yang di­letakkan di Laman Infor­masi Wisma Negeri tersebut merupakan satu sudut mengumpul bantuan ba­rangan makanan asas bagi keperluan penjawat awam yang kurang berkemampu­an atau memerlukan ban­tuan. Penjawat awam boleh meng­ambil makanan di Gerobok Rezeki itu sekadar diperlukan agar lebih ramai individu atau keluarga terjejas da­pat menikrriati inisiatif.

"Saya juga berharap inisiatif ini dapat diperlu­askan ke semua jabatan di Negeri Sembilan agar mana-mana penjawat awam yang memerlukan dapat dibantu," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembi­lan secara maya dan Pe­lancaran Gerobok Rezeki di Wisma Negeri.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Dato’ Zulkefly Mohd Omar, Setiausa­ha Kerajaan Negeri, Da­to’ Dr Razali Abdul Ma­lik dan  Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ami­nuddin dalam ucapannya berkata, keseimbangan pembangunan antara se­mua daerah amat penting. Beliau berkata, pen­jawat awam di negeri ini wajar menjadi duta, mata dan telinga untuk me­nyampaikan dasar pemba­ngunan kerajaan negeri yang perlu diketahui oleh rakyat.

"Di Negeri Sembilan contohnya, sektor perin­dustrian kita tumpukan di Seremban dan Port Dick­son iaitu di Lembah Wa­wasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0).

"Di Jelebu, kita ba­ngunkan sektor biodiver­siti. Kerajaan negeri juga tidak melupakan Rembau, Tampin, Jempol dan Ku­ala Pilah yang mahu diba­ngunkan wilayah agropo­lis iaitu jadikan sebagai kawasan 'Dapur Lembah Klang”.