Institusi Diraja
Titah Ucapan
Muat Turun
     
D.Y.M.M. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN     
DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR
DK, DMN, DK(PERAK), DK(PERLIS), DK(SELANGOR),
DK(KEDAH),DK(KELANTAN), DK(JOHOR), DK(TERENGGANU), DKYR, PPT
 
 
DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD
DK, DPTJ
 

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Januari 1948 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Kemudian di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin dan Sekolah Menengah King George V di Seremban dan seterusnya meneruskan pelajaran baginda di Aldenham School, United Kingdom. Baginda memperolehi ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain. Daripada aspek kerjaya, Baginda adalah seorang ahli perniagaan yang dihormati.

DYMM Tuanku Muhriz telah berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud yang berasal dari Terengganu dan dikurniakan tiga orang putera iaitu Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al’Abidin dan Tunku Alif Saifuddin. Baginda dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember 2008 di Balairung Seri, Istana Besar Sri Menanti, Negeri Sembilan.