bka

 

Seremban, 8 April 2022 (Korporat SUKNS) – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sempena Aidiltri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 4,050 penjawat awam negeri. Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata pemberian bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM6 juta.

“Keputusan ini dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu lepas dan kita berharap dengan adanya pemberian bantuan khas kewangan ini, akan meningkatkan lagi komitmen, kesungguhan dan motivasi penjawat awam untuk memberikan yang terbaik untuk negeri.

“Pemberian ini juga secara langsung memberikan indikator bahawa beban tugas yang semakin ditanggung, peranan dan jentera pentadbiran dalam memastikan tugasan mereka dapat dilaksanakan,” katanya kepada selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri.

“BKK dibayar pada Jumaat depan (15 April). Pemberian BKK ini juga sebagai usaha meringankan beban kewangan penjawat awam di bawah kerajaan negeri dalam menghadapi persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti,"

Beliau berharap bantuan itu dapat memberikan motivasi kepada mereka melaksanakan tugas dengan baik dan terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada negeri.

BKK itu juga, katanya, dapat merancakkan ekonomi di negeri ini selaras dengan tema Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2022 'Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’.