NEGERI SEMBILAN BUKA SEMULA TAMAN NEGERI DAN TAMAN EKO-RIMBA
Seremban, 25 Jun 2020 (Korporat SUKNS) -- Semua Taman Eko-Rimba dan Taman Negeri di Negeri Sembilan kecuali Taman Eko-Rimba Batu Maloi dibuka untuk orang awam tetapi aktiviti lawatan dihadkan kepada jumlah maksimum 20 orang sahaja.

 

 

Aktiviti-aktiviti lain yang dibenarkan adalah aktiviti rekreasi umum, perkhemahan (individu dan keluarga), lawatan galeri perhutanan, merentas hutan, mendaki dan kerja-kerja penyelidikan.

 

Sementara itu, orang awam dinasihat mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Pembelian permit boleh dilakukan di Pejabat Perhutanan Negeri atau Daerah setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.