• Sumbangan Keceriaan
    Sumbangan Keceriaan
  • Caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional
    Caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional
  • Bantuan Perkahwinan Belia
    Bantuan Perkahwinan Belia
  • Lesen Motosikal B40
    Lesen Motosikal B40
  • Bantuan Khas Kemasukan IPT Siswa
    Bantuan Khas Kemasukan IPT Siswa
  • Pendaftaran Taska Pejabat SUKNS Tahun 2024
    Pendaftaran Taska Pejabat SUKNS Tahun 2024
  • PANDUAN KESELAMATAN PEJABAT SEMPENA CUTI PERAYAAN
    PANDUAN KESELAMATAN PEJABAT SEMPENA CUTI PERAYAAN
  • Persediaan Monsun Timur Laut
    Persediaan Monsun Timur Laut
  • Selamat Datang MyGOVUC 2.0
    Selamat Datang MyGOVUC 2.0
  • Carta Alir Pengurusan Penggunaan Kit Ujian Kendiri Covid-19
    Carta Alir Pengurusan Penggunaan Kit Ujian Kendiri Covid-19
  • Flood and Well Being
    Flood and Well Being
  • Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir
    Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir
  • Pengenalan AD
    Pengenalan AD
  • Kelebihan AD
    Kelebihan AD
  • Polisi Kata Laluan
    Polisi Kata Laluan
  • Langkah Menukar Kata Laluan
    Langkah Menukar Kata Laluan
  • Penyelesaian Isu Penjaja Oleh Kerajaan Negeri Sembilan
    Penyelesaian Isu Penjaja Oleh Kerajaan Negeri Sembilan
  • Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
    Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz
  • Hirarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan
    Hirarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan
  • Perhatian Kepada Golongan Berisiko
    Perhatian Kepada Golongan Berisiko
 
berita terkini

akta

SECULARS / DISTRIBUTED LETTERS

 Seterusnya

 

jawatan-kosong

VACANCY

  • No vacancy available at the moment.

 


header
header

Today

CUTI UMUM

PERAYAAN

LAIN-LAIN

MaulidurRasul2018
SEREMBAN,19 November 2018 (Korporat SUKNS):
Kira-kira 1,000 tetamu hadir di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018 di Masjid Negeri, Seremban. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ membawa mesej jelas mengajak umat Islam menumpukan segala daya dan usaha untuk menyantuni umat lain.

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Aminuddin Harun dalam ucapannya beliau mengingatkan masyarakat di Negeri Sembilan dituntut untuk menjauhi segala bentuk perselisihan dan perbalahan sesama sendiri. Malaysia yang diiktiraf dunia sebagai contoh negara Islam progresif pesat membangun, membuktikan kerajaan menitikberatkan perihal agama Islam dalam semua aspek meskipun memiliki masyarakat berbilang kaum.

Beliau berkata lagi, masyarakat perlu memelihara perpaduan dan keharmonian hidup sesama manusia kerana perkara tersebut merupakan perintah agama yang patut dipatuhi oleh umat agama Islam.

“ALLAH mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga hubungan silaturahim sesama umat manusia, berinteraksi, bergaul dan menjalin hubungan yang baik bagi keharmonian sesama anggota masyarakat”.

“Sifat berlapang dada dan rasa cinta sesama saudara muslim adalah wajib dipelihara dan disuburkan," katanya ketika berucap pada di sini, malam ini.

Turut hadir, Speaker DUN Negeri Sembilan, YB Zulkefly Mohamad Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dr. Razali Ab. Malik, Mufti Kerajaan Negeri, YBhg. Dato' Hj. Mohd. Yusof Bin Hj. Ahmad serta barisan EXCO Kerajaan Negeri.

Sementara itu, dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar turut menyampaikan Anugerah Khas Pelajar Cemerlang kepada enam orang pelajar yang mendapat Pangkat Mumtaz dalam pengajian sarjana muda, Diploma Tahfiz dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Kesemua mereka menerima cek sejumlah RM2,000 bagi kategori ijazah sarjana muda, RM1,500 Diploma Tahfiz dan RM1,000 kepada pelajar STAM dan membawa pulang piala iringan serta sijil.

Turut diadakan ceramah bertajuk 'Menyantuni Umat Membawa Rahmat' yang disampaikan oleh Panel Penggubal Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia YBhg. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor.