Polisi e-Penyertaan
Kaji Selidik
e-Informasi
e-Perundingan
e-Keputusan
Arkib Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Setiausaha Negeri Sembilan (SUKNS). SUKNS sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan SUKNS untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survei Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial Kementerian iaitu Facebook.

 

Oleh yang demikian, SUKNS amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: 

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.

  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Anda boleh mengemukakan sebarang cadangan atau pandangan. Segala maklumat yang diperoleh akan dikumpul dan dinilai.

KAJI SELIDIK YANG DIBUKA:

BIL.TAJUKTEMPOH KAJIAN
1.  Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan PSUKNS Tahun 2024 02/01/2024 hingga 31/12/2024
BIL.INFORMASIMUAT TURUN
1.  DASAR PERUMAHAN NEGERI SEMBILAN    
  
2.  POLISI KESELAMATAN SIBER PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN VERSI  1.0    
  
3.  INISIATIF BELANJAWAN    
  

e-Perundingan adalah usaha organisasi untuk menganjurkan sesi perundingan secara dalam talian dalam memberikan maklumat kepada rakyat.

Antara inisiatif e-perundingan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah seperti berikut :

BIL.TAJUK
1.  Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kerajaan Negeri Sembilan
2.  Maklumbalas Bagi Pertanyaan/ Aduan/ Cadangan
    
BIL.Kaji Selidik/Kajian Kepuasan PelangganTEMPOH KAJIANHASIL KAJIAN
1.  Soal Selidik Kajian Kepuasan  Pelanggan PSUKNS 02/01/2023    hingga    31/12/2023    
  
2.  Kajian tahap Kepuasan Pengguna Dalam Menggunakan  Perkhidmatan Rangkaian Dan Internet Bagi Projek  NSGov*Net 20/09/2022    hingga    31/10/2022    
  
3.  Kaji Selidik Kefahaman Dan Keperluan Latihan & Sistem  Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS9) 11/08/2022    hingga    15/08/2022    
  
4.  Soal Selidik Kepuasan Kemudahan  Dan Perkhidmatan  ICT -  Orang Awam 15/2/2021     hingga     10/3/2021    
  
5.  Soal Selidik Kepuasan Kemudahan  Dan Perkhidmatan  ICT -  Penjawat  Awam 15/2/2021     hingga     10/3/2021    
  
6.  Survei Kesedaran Garis  Panduan  Pendigitalan 09/12/2022    hingga    30/12/2022    
  
7.  Soal Selidik Kajian Kepuasan  Pelanggan PSUKNS 02/01/2022    hingga    31/12/2022    
  
BIL.Kaji Selidik / Kajian Kepuasan PelangganTEMPOH KAJIAN
1.  Kajian Kepuasan Pelanggan PSUKNS 2/1/2021 hingga 31/12/2021
2.  STRATEGIC DIGITAL PLAN - APPLICATION SYSTEM ASSESSMENT(TECHNICAL & USER) 17/2/2021 hingga 3/3/2021