citfPilahSeremban, 26 Januari 2022 (Korporat SUKNS) – Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr. Razali Ab Malik hari ini melancarkan Program Moh Sihat PSUKNS 2022 di Wisma Negeri. Beliau bersama 20 pegawai kerajaan memulakan kayuhan basikal dari Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri ke Wisma Negeri. Program dilihat dapat menggalakkan penjawat awam terbabit aktiviti sukan di samping memastikan pembudayaan hidup sihat menjadi aspek penting dalam kehidupan seharian. Program ini juga bertepatan dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 11 November tahun lalu.

Menurut beliau penjawat awam perlu mempraktikkan pembudayaan hidup sihat agar budaya kerja cemerlang melalui pemikiran positif, amalan yang produktif, kreatif dan inovatif dalam kalangan anggota perkhidmatan awam negeri.

“Kerajaan Negeri menyambut baik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong pembentukan keluarga sejahtera yang seterusnya menuju Malaysia Sihat Sejahtera,” katanya di sini, hari ini. Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Program Moh Sihat PSUKNS 2022.

“ANMS dilaksanakan dalam empat fasa bermula 2020 hingga 2030 itu adalah pelan bagi menyiapkan Keluarga Malaysia supaya mempunyai ketahanan atau imuniti badan yang tinggi menerusi pembudayaan hidup sihat, pengambilan vaksin, kawalan kendiri kesihatan dan amalan norma baharu serta amalan kebersihan persekitaran.”

“Saya juga membenarkan warga PSUKNS untuk berpakaian sukan ke pejabat setiap hari Rabu. Semua aktiviti riadah bermula jam 4:45 petang dan menggunakan kemudahan yang diberikan sebaik mungkin agar tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan” Majlis yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan pegawai kanan kerajaan itu berakhir sekitar jam 9:30 pagi.