TUANKU MUHRIZ BERKENAN TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN
Seremban, 8 September 2020 (Korporat SUKNS) -- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah kira-kira RM 2,920,959.03 daripada syarikat korporat kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan di Istana Hinggap Negeri Sembilan.

Antara syarikat korporat berkenaan, termasuk Tenaga Nasional Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat. Kesemua syarikat menunaikan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2019.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Dr. Razali Ab Malik dan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj. Mohd Yusof Hj. Ahmad.